Bab sedekap, meletakkan tangan kanan atas tangan kiri
Menurut hadits daripada Wail bin
Hujr yang berbunyi :
عَنْ
عَلْقَمَةَ بْنِ وَائِلٍ قَالَ: اِنَّ وَائِلَ ابْنِ حُجْرٍ رَاَى النَّبِيَّ ص
رَفَعَ يَدَيْهِ حِيْنَ دَخَلَ فِي الصَّلاَةِ وَكَبَّرَ ثُمَّ الْتَحَفَ
بِثَوْبِهِ ثُمَّ وَضَعَ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
“Daripada Alqomah bin Wail ia berkata: Bahawa Wail bin Hujr
pernah melihat Nabi saw. mengangkat tangannya ketika ia masuk dalam solat dan
bertakbir, kemudian menyelimutkan pakaiannya, lalu meletakkan tangan kanannya
di atas tangan kiri……”
Riwayat Ahmad dan Muslim.
Hadits ini menjelaskan bahawa
sedekap itu ialah diletakan tangan kanan di atas tangan kiri. Untuk
menjelaskannya lagi, kita lihat hadits lainnya.
عَنْ
سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يُؤْمَرُوْنَ اَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ
الْيَدُ الْيُمْنَى عَلَى ذِرَاعِهِ الْيُسْرَى فِي الصَّلاَةِ
Daripada Sahl bin Sa'ad ia berkata: Adalah para sahabat
disuruh meletakkan tangan kanan atas hasta tangan kiri dalam solat
Riwayat Ahmad dan Bukhari
Daripada Hulb ath-Thai katanya:
رَاَيْتُ
النَّبِيَّ ص يَضَعُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى عَلَى صَدْرِهِ فَوْقَ
الْمِفْصَلِ
Aku melihat Nabi saw meletakkan (tangan) kanan atas
(tangan) kiri di atas dada di pergelangan (tangan)
Riwayat Ahmad dan dihasankan oleh At-Tirmidzi
Kita perincikan dengan hadits
seterusnya yang berbunyi:
وَفِيْ
رِوَايَةٍ لأَحْمَد وَاَبُو داود: ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى كَفِّهِ
الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ
“Dan dalam satu
riwayat bagi Ahmad dan Abu Daud : Kemudian ia meletakkan tangan kanannya di
atas telapak tangannya yang kiri, di atas pergelangan dan lengan.”
كَانَ
يَضَعُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ
Adalah beliau (Rasulullah saw) meletakkan tangan
kanannya atas belakang tapak tangannya yang kiri, pergelangannya dan lengan
Riwayat Abu Daud, Nasaie dan Ibnu
Khuzaimah dengan sanad yang shahih dan dishahihkan juga Ibnu Hibban
Dari hadits-hadits yang telah
kita bincangkan maka dapatlah kita mengatakan tentang sifat bersedekap iaitulah
dengan :
Meletakkan (perut) telapak tangan kanan ke atas belakang telapak
tangan kiri, memegang pergelangan tangan dengan jari kelingking dan ibu jari
dan tiga jari lagi dihamparkan ke lengan. Ini diambil kefahaman dari hadits di
atas yang padanya dinyatakan :
Belakang tapak tangan
yang kiri ظَهْرِ
كَفِّهِ الْيُسْرَى
di atas pergelangan tangan kiri الرُّسْغ
lengan السَّاعِد
Manakala sifat memegang itu
berdasarkan hadits yang berbunyi:
كَانَ
اَحْيَانًا يَقْبِضُ بِالْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
“Dan terkadang beliau saw menggenggamkan tangan kanannya atas tangan
kiri.”
Riwayat Nasai, Daraquthni dengan
sanad sahih. Rujuk : Sifat Solaah An-Nabiy --karya Muhammad Naasiruddin Al-Baani.
Berdasarkan dua hadits tersebut
di atas, terdapat di kalangan ulama yang mengambil kesimpulan bahawa ada
kalanya Nabi saw. hanya meletakkan tangan (kanan) sahaja di belakang tapak
tangan kiri, pergelangan tangan dan lengan yang kiri dan ada kalanya beliau
mengenggam tangannya dan kita mengambil faham lebih tepat genggaman itu di atas
tempat yang disunnahkan.
الله اعلم
Tempat letak tangan semasa
sedekap
Terpecah ulama dalam bab ini
kepada tiga kumpulan yang masyhur iaitu :
1)
Meletak tangan itu di atas dada,
iaitu betul-betul atas dada berhampiran leher.
2)
Meletak tangan itu di bawah pusat.
3)
Meletak tangan itu, atas dada
bawah pusat iaitu di ulu hati di mana cara ini terhasil
dengan menggabungkan kesekian hadits dalam bab ini.
Dalam masalah ini, disebutkan
oleh ulama bahawa terdapat sebanyak 20 buah hadits yang diriwayatkan oleh 18
orang sahabat Rasulullah saw. dan tabi’in yang di dalamnya terdapat dua keadaan
yang bertentangan iaitu ada riwayat yang mengatakan tangan itu tempatnya bawah
pusat dan ada riwayat yang mengatakan tempatnya atas dada. Maka di antara
hadits ini ada yang sahih, ada yang hasan dan ada yang dhaif.
Jadi marilah kita menilaikan amal
ibadah kita dengan ilmu bukan bersandarkan taklied di mana kita tahu di tempat
keluarnya amalan yang kita kerjakan. Kita mulakan dengan hadits pertama :
عَنْ
وَائِل بْنِ حُجْرٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ الله فَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى
عَلَى صَدْرِهِ
Daripada Wail bin Hujr ia
berkata : “Saya pernah bersolat beserta Nabi saw. maka beliau saw meletakkan tangan kanannya atas tangan kirinya
di dada.”
Riwayat Ibnu Khuzaimah dengan
darjat shahih.
Hadits ini menjelaskan tangan itu
diletakkan di dada yang diambil faham oleh segolongan ulama 'di dada' itu di atas dada. Kita lihat
hadits seterusnya :
عَنْ عَلِيِّ ابْنِ اَبِيْ طَالِبٍ قَالَ : اِنَّ مِنَ السُّنَّةِ وَضْعَ الْكَفِّ فَوْقَ الْكَفِّ تَحْتَ السُّرَّةِ
Daripada Ali bin Abu Thalib menerangkan:“Bahawa
dari sunnah Rasul ialah : Meletakkan tangan atas pergelangan tangan kiri di
bawah pusat.”
Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Hadits ini lemah kerana di dalamnya terdapat seorang
perawi yang bernama Abdur Rahman ibn Ishak Al-Kufi. Berkata Abu Daud: Aku
mendengar Ahmad bin Hanbal melemahkan orang ini. Kata Al-Bukhari: Orang ini
harus diselidiki lebih jauh keadaannya. An-Nawawi menegaskan bahawa segenap
ahli hadits memandang lemah Abdur Rahman ini.
Rujukkan
: Koleksi Hadits Hadits Hukum 3 m.s.29.
Berdasarkan hadits-hadits seperti
di atas maka keluarlah pandangan-pandangan sehingga terpecah kepada tiga
kumpulan yang masyhur.
Kesimpulannya, untuk menyelesaikan
masalah ini marilah kita lihat hujah ulama ahli hadits dalam bab ini :
Berkata An-Nawawi di dalam syarah
Muslim, bahawa mazhab ulama Syafi’iah dan Jumhur ulama mengambil pandangan dari
hadits-hadits yang banyak dalam bab ini, ialah meletakkan tangan di bawah dada
di atas pusat (bukan di atas perut).
Dalam kitab ‘Fi Bayaan Kathiir
Min Al-Akhtaa’Asy-Syaa’i’ah : susunan Saalih b. Abdul Aziiz Aal Asy-Syaikh –
Telah dinyatakan hujah tentang hadits ‘tangan atas dada’ :
Iaitu Rasulullah saw. meletakkan
tangan atas dada adalah bersumberkan hadits bertaraf hasan yang banyak
salurannya dan sebahagiannya menguatkan yang lain, iaitu dengan cara
meletakkannya di tengah-tengah dada yang mendekati letaknya hati (ulu hati),
bukan bahagian bawah yang mendekati
pusat atau pada perut, dan bukan pula pada bahagian terkeatas sekali (mendekati
leher).
Untuk menjelaskan lagi masalah
ini kita jelaskan tafsiran Ali dan Ibnu Abbas dalam bab ‘atas dada’ meneliti tafsiran mereka di atas ayat :
فَصَلِّ
لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka solatlah kamu dan
nahar-lah (kurbanlah)”
Surah Al-Kautsar ayat 2 [108:2]
Tafsiran Ali dan Ibnu Abbas:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan letakkanlah
tanganmu atas tempat meletakkan kalung di dada”.
Riwayat Ad-Daruqutni,
Al-Baihaqi dan Al-Hakim. Kata Al-Hakim: Inilah sebaik-baik ta’wil bagi
ayat-ayat ini
Dalam Kamus Al-Misbahun Munir,
‘NAHR’ itu bererti tempat kalung. Yang lazimnya tempat kalung itu di ‘ulu hati’
iaitu bawah daripada dada. Demikianlah yang dapat saya jelaskan dari hal keterangan
letaknya tangan semasa sedekap. Pendapat terkuat dalam hal ini bersandarkan
keterangan dari kesimpulan hadits-hadits yang banyak ialah letak tangan itu
adalah atas dada (di ulu hati) bawah pusat, bukan atas perut bawah pusat dan
bukan atas dada hampir kepada leher.
الله اعلم
Dalam 3 bab yang kita bincangkan pada siri ke-4 ini, saya cuba merujuk
pada sekian banyak guru dan kitab-kitab rujukan namun masih tidak mendapat
jawapan yang memuaskan atau benar-benar jelas di mana dengan itu saya kembali
kepada hujah ulama dengan bersandarkan hadits-hadits yang dibawakan (mereka) oleh
para ulama sebagai hujah untuk sama-sama menjadi renungan kita. Maka jika
apa-apa yang disampaikan ini bertentangan dengan Al-Quran dan hadits maka
tinggalkanlah. Pandangan-pandangan ulama yang dimasukkan dalam teks ini bukan
bertujuan untuk kita bertaklid padanya tapi sekadar meluaskan skop perbincangan
dalam tajuk tersebut. Jika kita ingin berpegang dengan pandangan ulama maka
terlebih dahulu mesti kita ketahui alasan-alasannya kerana sesungguhnya
bertaklid (mengikut membuta tuli tanpa mengetahui dalil) adalah sesuatu yang
dilarang syara' sebagaimana firman Allah:
وَلاَ
تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ
كُلُّ اُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“Janganlah kamu mengikuti (membuat pendirian) apa yang kamu
tidak ada ilmu (mengetahui) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati semuanya akan di pertanggungjawab.”
Surah Al-Isra’ ayat 36 [17:36 ]
No comments:
Post a Comment