Takbiratul ihram
Menyebut
ALLAHU AKBAR itu dinamakan takbir dan
takbir dipermulaan solat itu dinamakan Takbiratul ihram. Dalilnya adalah :
قَالَتْ عَائِشَةُ: كَانَ النَّبِيُّ ص يَسْتَفْتِحُ الصَّلاَةَ
بِالتَّكْبِيْرِ
Telah
berkata ‘Aisyah: ‘Adalah Nabi saw. memulai solat dengan takbir.’ S.R. Muslim.
Sabda
Nabi saw. :
لاَ تَتِمُّ صَلاَةُ أَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ
فَيَضَعُ الْوُضُوءَ موَاضِعَهُ ثُمَّ يَقُولُ اَللهُ أَكْبَرُ
“Tidak sah solat
seseorang melainkan jika ia berwuduk, iaitu mencuci anggota wuduk sebagaimana
mestinya, kemudian berkata ALLAHU AKBAR.”
H.S.R. Thabaranie.
Mengangkat Tangan Semasa Takbir
Bagaimanakah cara mengangkat
tangan dalam takbiratul-ihram?
Jika diteliti hadits-hadits dalam
bab ini, bahawa kita akan dapati terdapat banyak riwayat yang menjelaskan
tentang cara mengangkat tangan dalam takbiratul-ihram di mana jika kita renungkan
sepintas lalu, seolah-olah setiap hadits bercanggah dengan keterangan hadits
lainnya. Adapun cara mengangkat tangan yang dipakai / diamalkan oleh golongan
terbesar dari ulama ialah:
“Mengangkat tangan itu
setentang dengan kedua bahu hingga hujung-hujung jari itu sejajar dengan puncak
kedua telinga dan kedua ibu jari setentang dengan hujung bawahnya (dua cuping
telinga) serta kedua telapak tangan dengan kedua bahu.”[1]
Kita perhatikan dalil-dalil dalam
bab ini satu-persatu.
Pertama: Dalil tentang kedua tangan diangkat ketika
takbiratul-ihram.
عَنْ
نَافِعٍ مَوْلَى ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اِنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ اِذَا دَخَلَ فِي
الصَّلاَةِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَرَفَعَ ذَلِكَ اِلَى النَّبِيِّ ص
Daripada Nafi' maula Ibnu Umar ia berkata: Bahawa Ibnu
Umar apabila memulai solat ia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya, (bahawa
perbuatan ini) dinyatakan berasal dari Nabi saw.
Riwayat Bukhari, Nasaie dan Abu Daud
Kedua: Dalil tentang kedua tangan diangkat
memanjang.
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَة قَالَ كَانَ رَسُوْلُ الله ص اِذَا قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ رَفَعَ
يَدَيْهِ مَدًّا
Daripada Abu Hurairah ia berkata: Adalah Rasulullah saw
apabila telah berdiri tegak untuk solat, beliau mengangkat kedua-dua tangannya
memanjang lurus
Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi
& Nasaie – Asy-Syaukani mengatakan sanad hadits ini tiada mempunyai cacat
apa-apa.
Dari hadits di atas, kita ketahui
bahawa Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya memanjang namun sehingga batas
manakah diangkat tangan itu? Persoalan seterusnya; bagaimanakah untuk kita
menetapkan batas tangan kerana sesungguhnya Rasulullah saw tidak memperincikan
definisi tangan itu secara jelas ….
-
Apakah tangan itu bermula dari
jari sehingga ke bahu
-
Apakah yang dimaksudkan dalam
hadits bahawa tangan itu dari jari ke siku
-
Apakah yang dimaksudkan tangan itu
dengan telapak tangan (jika yang dimaksudkan tangan itu adalah tapak tangan,
mengapa tidak Rasulullah saw perincikan dalam haditsnya dengan kalimah kaffun
كَفٌّ
yang bermaksud tapak tangan?
Kedua-dua hadits di bawah masih tidak jelas menerangkan
tentang gambaran mengangkat kedua tangan, kita renungkan dalil-dalil berikut:
عَنْ
عَلِيِّ ابْنِ اَبِى طَالِبٍ قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص اِذَا قَامَ اِلَى
الصَّلاَةِ الْمَكْتُوْبَةِ كَبَّرَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ ...
Daripada Ali bin Abi Thalib ia berkata: Bahawa Rasulullah
saw apabila berdiri untuk solat fardhu, beliau bertakbir dan mengangkat kedua
tangannya bertentang dengan dua bahunya ….
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmidzi. Menurut
At-Tirmidzi, hadits ini shahih.
Hadits lainnya;
عَنْ
مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ اِذَا كَبَّرَ
رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا اُذُنَيْهِ
Daripada Malik bin Huwairits ia berkata: Bahawa
Rasulullah saw apabila bertakbir, beliau mengangkat kedua tangannya hingga
berbetulan dengan dua telinganya …
Riwayat Ahmad dan Muslim
وَلِمُسْلِمٍ
عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ نَحْوُ حَدِيْثِ ابْنِ عُمَرَ، لَكِنْ قَالَ:
حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا فُرُوْعَ اُذُنَيْهِ
Dan bagi Muslim daripada Malik bin Huwairits seperti
hadits Ibnu Umar tetapi ia berkata: Hingga beliau (Rasulullah saw) hadapkan
kedua (tangannya) berbetulan dengan hujung-hujung telinganya
Hadits Ali menerangkan kedua-dua tangan itu diangkat
hingga berbetulan dengan kedua bahu manakala hadits Malik bin Huwairits pula
menjelaskan tangan itu diangkat hingga berbetulan dengan kedua hujung telinga
sebagaimana diperincikan dari lafaz Muslim. Sesungguhnya dalam bab ini terdapat
banyak riwayat yang menerangkan tentang kedua-dua cara iaitu kedua tangan itu
diangkat berbetulan dengan dua bahu dan kedua tangan diangkat berbetulan dengan
hujung dua telinga namun masih lagi kita kurang jelas tentang bahagian tangan
manakah yang berbetulan dengan bahu dan dua telinga.
عَنْ
عَبْدِ الْجَبَّار بِنْ وَائِل عَنْ اَبِيْهِ قَالَ رَاَيْتُ رَسُوْلَ الله ص
يَرْفَعُ يَدَيْهِ حِيْنَ افْتَتَحَ الصَّلاَةَ حَتَّى حَاذَتْ اِبْهَامُهُ
شَحْمَهُ اُذُنَيْهِ
Daripada Abdul Jabbar bin Wail
daripada bapanya ia berkata: Aku telah melihat Rasulullah saw beliau mengangkat
tangannya di masa memulai solat sehingga bertentangan ibu jarinya dengan cuping
telinga
Musnad Ahmad jilid 4 hal. 318
عَنْ
عَبْدِ الْجَبَّارِ بْنِ وَائِل عَنْ اَبِيْهِ اَنَّهُ اَبْصَرَ النَّبِيَّ ص
حِيْنَ قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى كَانَتَا بِحَيَالِ
مَنْكِبَيْهِ وَحَاذِيَ اِبْهَامَيْهِ اُذُنَيْهِ ثُمَّ كَبَّرَ
Dari Abdul Jabbar bin Wail
daripada bapanya bahawa dia telah melihat Nabi saw. ketika bangun untuk solat
dia mengangkat dua tangan sehingga bertentangan keduanya dengan dua bahunya dan
dua ibu jarinya bertentangan dengan dua telinganya, kemudian dia bertakbir.”
Riwayat Ats-Tsauri, Syu’bah &
Abu ‘Awanah Sunan Kubra jilid 2 hal. 25
Berdasarkan 2 hadits yang telah
dijelaskan di atas dan hadits-hadits lainnya yang telah kita bincangkan,
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa mengangkat kedua tangan itu hendaklah
tinggi di mana batasnya adalah hujung jari bersamaan hujung telinga dan ibu
jari bertentangan cuping yakni sebelah bawah telinga.
Maka inilah keterangan yang jelas
menurut jumhur ulama As-Sunnah yang kuat, tetapi cara kedudukan tapak tangan
semasa mengangkat tangan itu terpecah kepada dua pendapat yang masyhur iaitu :
1)
Mengangkat kedua tangan semasa
takbiratul ihram itu dengan dihadapkan tapak tangan ke arah kiblat.
2)
Mengangkat dua tangan semasa
takbiratul ihram itu dengan menghadapkan dua tapak tangan ke dua belah pipi.
Bagaimana timbulnya kedua-dua
pendapat ini?
Kedua-dua cara ini adalah
berdasarkan hadits yang sama cuma dari hadits tersebut, lahir dua kefahaman yang
berbeza. Keterangan hadits menunjukkan kedua tangan itu diangkat hingga dua ibu
jari bertentangan dengan cuping telinga dan hujung-hujung jari bertentangan
dengan hujung telinga bahagian atas. Maka dari situ, timbullah dua cara
sebagaimana yang telah disebut di atas.
Golongan pertama yang berfaham
kedua tapak tangan dihadapkan ke arah kiblat mengambil pendirian bahawa hadits-hadits
dalam bab ini tidak menjelaskan dua tapak tangan itu menghadap ke mana dan
tidaklah terdapat larangan untuk menghadapkan tapak tangan ke kiblat, bahawa
perbuatan yang demikian masih lagi berada atas kefahaman hadits.
Manakala golongan kedua yang berfaham bahawa kedua tapak
tangan dihadapkan ke pipi mengambil kefahaman dari perkataan تُحَاذِيَ
yang bermaksud تُقَابَلَ iaitu bertentangan/berhadapan, maka diambil faham berhadapannya
ibu jari dengan cuping telinga dan berhadapannya hujung-hujung jari yang
lainnya dengan hujung bahagian atas telinga.
Seterusnya mereka beralasankan sebuah
hadits Abu Hurairah yang berbunyi :
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّهُ قَالَ اِذَا اسْتَفْتَحَ اَحَدُكُمُ الصَّلاَةَ
فَلْيَرْفَعْ يَدَيْهِ وَلْيَسْتَقْبِلْ بِبَاطِنِهُمَا الْقِبْلَةَ اِلاَّ
اَنَّهُ ضَعِيْفٌ
Daripada Abu Hurairah ia
berkata: Apabila seorang kamu memasuki solat maka angkatlah kedua tangannya dan
hadapkanlah (perut) tapak tangannya ke kiblat melainkan sesungguhnya perbuatan
itu dhaif
Rujuk
Sunan Kubra jilid 2 hal. 27
Iaitu Abu Hurairah memandang
dhaif hadits atau pandangan yang mengatakan tapak tangan itu dihadapkan ke
kiblat. Tidaklah saya peroleh mengapa perbuatan demikian dikatakan dhaif oleh
Abu Hurairah, yang jelas ianya telah didhaifkan oleh seorang sahabat Rasulullah
saw.
Saya cuba berikan kedua-dua hujah dalam
bab ini sekadar kemampuan yang saya peroleh menurut As-Sunnah supaya tidaklah
kita bertaklied kepada ulama tetapi kita sendiri mengetahui alasan-alasan yang
benar dari Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang disampaikan oleh ulama yang
berdasarkan pada Al-Quran dan Sunnah Rasul saw yang sahih dan kuat
keterangannya maka kita ambillah sebagai ilmu untuk kita beramal.
Terdapat sebuah hadits yang
menyatakan tentang mengangkat tangan separas bahu dengan belakang tangan
dihadapkan ke bahu, bahawa menurut riwayat Abu Daud daripada ‘Ashim bin Kulaib
daripada ayahnya dan Wail bin Hujr, sesungguhnya ia (Nabi saw) merapatkan
antara (jari-jari) kedua tangannya itu dan Wail berkata :
حَتَّى
يُحَاذِيَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ الْمَنْكِبَيْنِ وَاَطْرَافِ اَنَامِلِهِ
الأُذُنَيْنِ
Sehingga berbetulan punggung/belakang kedua tapak
tangannya itu dengan dua bahu dan hujung-hujung jarinya dengan dua telinga
Penjelasan tentang hadits ini
ialah ianya bertentangan dengan hadits-hadits lainnya yang menjelaskan tangan
itu diangkat memanjang dan pengamalannya tidak mencakup pada keseluruhan
hadits-hadits dalam bab ini. Tidaklah tangan yang dimaksudkan dalam hadits
hadits lainnya bermaksud jari-jari atau tapak tangan, contohnya seperti:
وَفِيْ
حَدِيْثِ اَبِيْ حُمَيْدٍ عِنْدَ اَبِيْ دَاوُدَ: يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَتَّى
يُحَاذِيَ بِهِمَا مَنْكِبَيْهِ
Dan tersebut pada hadits Abu Humaid dalam riwayat Abu
Daud: Ia (Rasulullah saw) mengangkat dua tangannya hingga ia hadapkan keduanya
kepada dua bahunya
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ اَنَّ النَّبِيَّ ص كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ
اِذَا افْتَتَحَ الصَّلاَةَ وَاِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوْعِ وَاِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ
مِنَ الرُّكُوْعِ
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi saw mengangkat dua
tangannya berbetulan dengan dua bahunya apabila memulai solat dan (mengangkat
tangan) apabila bertakbir buat ruku’ dan apabila mengangkat kepala dari ruku’
Muttafaq ‘Alaih
Hadits-hadits itu tidak bermaksud
tangan itu adalah jari-jari atau tapak tangan atau dari hujung jari hingga
pergelangan tangan kerana hadits-hadits lainnya ada memperincikan menjelaskan tentangnya:
عَنْ
عَبْدِ الْجَبَّارِ بْنِ وَائِل عَنْ اَبِيْهِ اَنَّهُ اَبْصَرَ النَّبِيَّ ص
حِيْنَ قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى كَانَتَا بِحَيَالِ
مَنْكِبَيْهِ وَحَاذِيَ اِبْهَامَيْهِ اُذُنَيْهِ ثُمَّ كَبَّرَ
Dari Abdul Jabbar bin Wail
daripada bapanya bahawa dia telah melihat Nabi saw. ketika bangun untuk solat
dia mengangkat dua tangan sehingga bertentangan keduanya dengan dua bahunya dan
dua ibu jarinya bertentangan dengan dua telinganya, kemudian dia bertakbir.”
Riwayat Ats-Tsauri, Syu’bah &
Abu ‘Awanah Sunan Kubra jilid 2 hal. 25
عَنْ
عَبْدِ الْجَبَّار بِنْ وَائِل عَنْ اَبِيْهِ قَالَ رَاَيْتُ رَسُوْلَ الله ص
يَرْفَعُ يَدَيْهِ حِيْنَ افْتَتَحَ الصَّلاَةَ حَتَّى حَاذَتْ اِبْهَامُهُ
شَحْمَهُ اُذُنَيْهِ
Daripada Abdul Jabbar bin Wail
daripada bapanya ia berkata: Aku telah melihat Rasulullah saw beliau mengangkat
tangannya di masa memulai solat sehingga bertentangan ibu jarinya dengan cuping
telinga
Musnad Ahmad jilid 4 hal. 318
Daripada hadits-hadits yang telah
kita bincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa mengangkat tangan di kala
takbiratul-ihram itu bukan ditujukan
sekadar hujung-hujung jari sehingga pergelangan tangan tetapi makna tangan tersebut
mencakupi dari jari-jari sehingga lengan.
Berkata An-Nawawi : “Cara
mengangkat tangan menurut mazhab orang lain, ialah : Mengangkat tangan hingga
setentang dengan telinga. Dua ibu jari bertentangan dengan tempat menyangkutkan
subang dan dua tangan setentang dengan dua bahu. Pendapat inilah yang diakui
oleh semua ulama. Dan dengan cara ini pula terkumpullah segala hadits yang bersangkutan dengan cara mengangkat
tangan.”
Ruj.-Koleksi
Hadits Hadits Hukum 3 m.s.20.
Itulah anjuran imam An Nawawi,
bahawa untuk mendapat sifat mengangkat tangan dalam takbir itu hendaklah dihimpunkan
hadits-hadits yang boleh dibuat alasan dan dibentuk cara bertakbir itu dan
hasilnya adalah mengangkat tangan setentang dengan telinga di mana hujung-hujung
jari bersamaan dengan hujung telinga bahagian atas dan ibu jari bersamaan anak
telinga. Demikianlah yang dapat saya peroleh dari pencarian saya dalam bab ini.
Bahawa dalam bab ini dengan
keterangan-keterangan yang telah diberikan, saya cenderung dan yakin pada
mengangkat tangan itu dengan dihadapkan tapak tangan ke muka di mana ibu jari
bertentangan dengan bawah cuping telinga (tempat digantungkan subang) dan
hujung-hujung jari bertentangan (menghadap) hujung telinga manakala tangan
(dari pergelangan tangan hingga ke lengan) berbetulan dengan dua bahu. Maka
inilah cara yang menurut keyakinan saya bersih dari pertikaian.
الله اعلم
Sifat jari ketika mengangkat
tangan dalam takbiratul-ihram
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَة اَنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ اِذَا افْتَتَحَ الصَّلاَةَ نَشَرَ
اَصَابِعَهُ نَشْرًا
Daripada Abu Hurairah
sesungguhnya Rasulullah saw apabila masuk ke dalam solat beliau menjarangkankan
jari-jari -Sunan Kubra jilid 2
hal. 27-
عَنْ
سَعِيْدِ بْنِ سَمْعَانِ قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا اَبُوْ هُرَيْرَة مَسْجِدَ بَنِيْ
زُرَيْقٍ فَقَالَ ثَلاَثٌ كَانَ رَسُولُ الله ص يَعْمَلُ بِهِنَّ تَرَكَهُنَّ
النَّاسُ كَانَ اِذَا قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ قَالَ هَكَذَا وَاَشَارَ اَبُوْ
غَامِرِ بِيَدَيْهِ وَلَمْ يَفْرِجْ بَيْنَ اَصَابِعِهِ وَلَمْ يَضُمْهَا
Daripada Said bin Sama’an dia berkata: Abu Hurairah telah
masuk berjumpa kami di masjid Bani Zuraiq maka dia berkata tiga kali bahawa
Rasulullah saw melakukan semuanya itu, orang ramai meninggalkannya, dia berkata
begini, kemudian Abu Ghamir menunjukkan tangannya dan tidak merenggangkan
jari-jarinya dan tidak pula merapatkannya.
–
Sunan Kubra jilid 2 muka 27-
Sesungguhnya manusia tidak dapat
lari dari perbezaan faham antara seseorang dengan seseorang yang lain. Apa yang
penting, janganlah kita jadikan perbezaan faham ini sebagai satu titik untuk
memecah-belahkan perpaduan sesama umat Islam. Jangan kita saling menyalahkan atau
saling memperkecilkan pendapat antara satu sama lain jika masing-masing
pendapat ada dalilnya yang dapat dijadikan hujjah. Ikhlaskanlah diri dalam
menuntut ilmu, bukan untuk menegakkan pandangan sendiri tetapi berpegang pada
yang jelas dan terang keterangannya. Kembalilah kepada perintah Allah iaitu
dengan berpegang pada Al-Quran dan hadits Rasul saw. Ingatlah peringatan
daripada Rasulullah saw.:
كُلُّ
بَنِيْ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam
membuat kesilapan dan sebaik baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka
yang bertaubat.”
Riwayat Ahmad dengan darjat hasan
Manusia itu tiada yang sempurna,
masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Maka apa yang disampaikan di
sini, inilah keterangan yang terbaik yang dapat saya bawakan.
الله اعلم
[1] Dipetik
dari Kitab Fiqh Sunnah pada Bab Shalat; Sunat-Sunat Shalat; Mengangkat Kedua
Belah Tangan.
No comments:
Post a Comment