Wednesday, November 19, 2014

Himpunan hadis bertemu Rasulullah




1. KATA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

Sheikh Nuruddin al-Banjari mengatakan, "Ini ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar). Kebanyakan daripada Ulama Sufi mengatakan ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar) bukan suatu hal yang mustahil". http://youtube.com/watch?v=2MlYnRQGo9Y


Bantahan

1.Konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh Jemaah al-Arqam sudah pun disanggah oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :

"YAQAZAH iaitu bertemu secara jaga/sedar dengan Rasulullah SAW merupakan penyelewengan paling nyata yang cuba ditegakkan oleh al-Arqam. Dakwaan seperti ini merosakkan asas pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Jumhur ASWJ menolak berlakunya YAQAZAH (bertemu secara jaga) dengan Rasulullah SAW atau mereka yang sudah mati."
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/menjawab_dakwaan_yaqazah_sesat_jemaah_al-arqam.pdf

2. Al-Asqalani catatkan:
Ibnu al-Tin menyatakan maksud akan melihat baginda dalam jaga atau secara sedar ditujukan kepada orang yang beriman dengan baginda PADA MASA HAYAT BAGINDA dan BELUM SEMPAT BERTEMU DENGAN BAGINDA, KERANA DIA TIDAK BERSAMA DENGAN BAGINDA KERANA TIDAK TERLIBAT DALAM MELAKUKAN HIJRAH. Dengan itu menjadi berita gembira kepada setiap orang yang beriman dengan baginda tetapi belum lagi bertemu dengan baginda. Mereka ini akan bertemu dengan baginda secara jaga SEBELUM BAGINDA S.A.W WAFAT.

(Al-Asqalani, Fath al-Bari, jilid 12, hlm.385) Diterjemah oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm. 142.

(Hujah Sy utk tok guru silat batin: Kamu blh ingat tak rupa Nabi?, takut2 syaitan guna rupa firaun tapi ngaku Nabi, pas tu dia dok gelak kat kita)

3. Sebagaimana yang dimaklumi fitnah Dajjal MERUPAKAN FITNAH YANG PALING BESAR yang berlaku di atas muka bumi. Apabila Nabi s.a.w sendiri tidak ada pada masa berlakunya fitnah Dajjal itu, maka ketidakhadiran Nabi daripada perkara-perkara lain selain daripadanya sudah tentu lebih pasti dan lebih besar.

(Hujah Sy utk tok guru batin: Kalau Nabi tak turun waktu ada dajjal, inikan Nabi nak turun mengajar silat dkt tok guru batin thn 2014 ni. Adakah perjuangan mereka lagi hebat dari Imam Mahdi dan Khulafa ar-Rasyidin)

Oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm.147.

No comments:

Post a Comment