Berdiri
tegak dan menghadapkan badan ke arah qiblat adalah berdalil daripada sabda
Rasulullah saw.:
صَلِّ قَائِمًا فَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَاِنْ لَمْ
تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
“Solatlah dengan
berdiri, tetapi kalau tidak boleh, maka solatlah dengan duduk dan kalau tidak
boleh, maka solatlah dengan berbaring.”
H.R. Tirmidzi.
Sabda
Rasulullah saw. lagi :
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَاَسْبِغِ الْوُضُوءَ ثُمَّ
اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
“Apabila engkau ingin
mendirikan solat, hendaklah engkau sempurnakan wuduk kemudian engkau menghadap
qiblat, lalu engkau bertakbir.” H.S.R.
Muslim.
Dan
pandangan mata itu diarahkan ke tempat sujud sebagaimana hadits yang
diriwayatkan oleh Baihaqi dan Hakim :
كَانَ صلى الله عليه وسلم إِذَا صَلَّى طَأْطَأَ رَأْسَهُ
وَرَمَى بِبَصَرِهِ نَحْوَ الأَرْضِ
‘Semasa solat Nabi
saw. biasanya menundukkan kepalanya dan memandang ke tempat sujud.’ Disahkan
oleh Hakim.
No comments:
Post a Comment