Monday, December 29, 2014
2 kipas Midea rosak dalam 2 hari
Kipas dah lepas 2 tahun, kalau rosak memang payah nak ulas. Tapi 2 kipas saya rosak dalam masa 2 hari, macam nak kena cari apa puncanya, takut kalau beli kipas baru pun rosak juga.
Thursday, December 18, 2014
Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka
Ustaz Emran Ahmad
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=614060715365854&id=100002857926668
Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka
Ramai orang lebih menyibukkan diri dengan hukum fiqh, sedang ilmu fiqh ialah panduan yang menerangkan tentang batas sempadan serta hukum perbuatan seseorang mukallaf menurut neraca syarak dan pendapat fuqaha.
Namun jalan ahli hadith adalah lebih selamat dan lebih mulia untuk diikut kerana padanya terdapat taqwa dan keseluruhan deen yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan keberkatan amal daripada Allah SWT.
Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyebut ;
عليكم بأصحاب الحديث فإنهم أكثر الناس صوابا
Hendaklah kamu mengikuti ashab al-hadith (ulama hadith) kerana mereka itu adalah golongan yang paling banyak (memiliki) kebenaran. [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
Dan beliau juga turut menyebut ;
إذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث فكأني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم حيا
Apabila aku melihat seseorang daripada ahli hadith (ulama hadith) maka ianya seperti seolah-olah aku melihat Nabi salallahualaihiwassalam masih hidup. [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitabnya Syaraf Ashab al-Hadith]
Ramai orang hari ini lebih berminat dengan ilmu fiqh dan hukum, supaya senang nak selamatkan diri dari hukum syarak dan bermain dengan agama. Apabila diajarkan tentang sunnah maka dia akan bertanya ini wajib ke sunat saja? Kalau dijawab wajib maka akan ditanya kalau ditinggalkan berdosa tak? Wajibnya bertaraf ain atau cuma kifayah?
Kalau dijawab sunat maka dia pun akan berkata takpalah sunat saja jadi tak buat pun tak mengapa.
Apabila dikatakan dilarang menyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi, dia pun membawa hujah fiqh bahawa kalau berlapik tidak mengapa...Kalau dikatakan, tidak boleh begitu maka dia akan mencari jalan membolehkannya dengan begini dan begitu....
Sedang para sahabat Nabi salallahualaihiwassalam dan ahli hadith, mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amalan kerana ianya sunnah, dan kita pula meninggalkannya kerana hanya menganggap ianya cuma sunnah....
Kata Abu Bakar al-Siddiq RA ;
لست تاركا شيئا كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يعمل به إلا عملت به فإني أخشى إن تركت شيئا من أمره أن أزيغ
Aku tidaklah meninggalkan sesuatu pun pada perkara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam kecuali aku pun ikut mengamalkannya kerana aku takut jikalau aku meninggalkannya sesuatu daripadanya (sunnah baginda) maka aku akan menyeleweng. [Riwayat Al-Bukhari]
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=614060715365854&id=100002857926668
Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka
Ramai orang lebih menyibukkan diri dengan hukum fiqh, sedang ilmu fiqh ialah panduan yang menerangkan tentang batas sempadan serta hukum perbuatan seseorang mukallaf menurut neraca syarak dan pendapat fuqaha.
Namun jalan ahli hadith adalah lebih selamat dan lebih mulia untuk diikut kerana padanya terdapat taqwa dan keseluruhan deen yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan keberkatan amal daripada Allah SWT.
Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyebut ;
عليكم بأصحاب الحديث فإنهم أكثر الناس صوابا
Hendaklah kamu mengikuti ashab al-hadith (ulama hadith) kerana mereka itu adalah golongan yang paling banyak (memiliki) kebenaran. [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
Dan beliau juga turut menyebut ;
إذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث فكأني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم حيا
Apabila aku melihat seseorang daripada ahli hadith (ulama hadith) maka ianya seperti seolah-olah aku melihat Nabi salallahualaihiwassalam masih hidup. [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitabnya Syaraf Ashab al-Hadith]
Ramai orang hari ini lebih berminat dengan ilmu fiqh dan hukum, supaya senang nak selamatkan diri dari hukum syarak dan bermain dengan agama. Apabila diajarkan tentang sunnah maka dia akan bertanya ini wajib ke sunat saja? Kalau dijawab wajib maka akan ditanya kalau ditinggalkan berdosa tak? Wajibnya bertaraf ain atau cuma kifayah?
Kalau dijawab sunat maka dia pun akan berkata takpalah sunat saja jadi tak buat pun tak mengapa.
Apabila dikatakan dilarang menyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi, dia pun membawa hujah fiqh bahawa kalau berlapik tidak mengapa...Kalau dikatakan, tidak boleh begitu maka dia akan mencari jalan membolehkannya dengan begini dan begitu....
Sedang para sahabat Nabi salallahualaihiwassalam dan ahli hadith, mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amalan kerana ianya sunnah, dan kita pula meninggalkannya kerana hanya menganggap ianya cuma sunnah....
Kata Abu Bakar al-Siddiq RA ;
لست تاركا شيئا كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يعمل به إلا عملت به فإني أخشى إن تركت شيئا من أمره أن أزيغ
Aku tidaklah meninggalkan sesuatu pun pada perkara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam kecuali aku pun ikut mengamalkannya kerana aku takut jikalau aku meninggalkannya sesuatu daripadanya (sunnah baginda) maka aku akan menyeleweng. [Riwayat Al-Bukhari]
Wednesday, November 19, 2014
Himpunan hadis bertemu Rasulullah
1. KATA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
Sheikh Nuruddin al-Banjari mengatakan, "Ini ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar). Kebanyakan daripada Ulama Sufi mengatakan ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar) bukan suatu hal yang mustahil". http://
Bantahan
1.Konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh Jemaah al-Arqam sudah pun disanggah oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :
"YAQAZAH iaitu bertemu secara jaga/sedar dengan Rasulullah SAW merupakan penyelewengan paling nyata yang cuba ditegakkan oleh al-Arqam. Dakwaan seperti ini merosakkan asas pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Jumhur ASWJ menolak berlakunya YAQAZAH (bertemu secara jaga) dengan Rasulullah SAW atau mereka yang sudah mati."
http://
2. Al-Asqalani catatkan:
Ibnu al-Tin menyatakan maksud akan melihat baginda dalam jaga atau secara sedar ditujukan kepada orang yang beriman dengan baginda PADA MASA HAYAT BAGINDA dan BELUM SEMPAT BERTEMU DENGAN BAGINDA, KERANA DIA TIDAK BERSAMA DENGAN BAGINDA KERANA TIDAK TERLIBAT DALAM MELAKUKAN HIJRAH. Dengan itu menjadi berita gembira kepada setiap orang yang beriman dengan baginda tetapi belum lagi bertemu dengan baginda. Mereka ini akan bertemu dengan baginda secara jaga SEBELUM BAGINDA S.A.W WAFAT.(Al-Asqalani, Fath al-Bari, jilid 12, hlm.385) Diterjemah oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm. 142.
(Hujah Sy utk tok guru silat batin: Kamu blh ingat tak rupa Nabi?, takut2 syaitan guna rupa firaun tapi ngaku Nabi, pas tu dia dok gelak kat kita)
3. Sebagaimana yang dimaklumi fitnah Dajjal MERUPAKAN FITNAH YANG PALING BESAR yang berlaku di atas muka bumi. Apabila Nabi s.a.w sendiri tidak ada pada masa berlakunya fitnah Dajjal itu, maka ketidakhadiran Nabi daripada perkara-perkara lain selain daripadanya sudah tentu lebih pasti dan lebih besar.
(Hujah Sy utk tok guru batin: Kalau Nabi tak turun waktu ada dajjal, inikan Nabi nak turun mengajar silat dkt tok guru batin thn 2014 ni. Adakah perjuangan mereka lagi hebat dari Imam Mahdi dan Khulafa ar-Rasyidin)
Oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm.147.
Monday, November 17, 2014
Dakwah Khalid Diperangi Raja Parsi
...Selat penduduk Sind dan Hindia, selat ini merupakan pertahanan bangsa Persia yang paling kuat. Raja Persia yang terkenal dengan sebutan raja Hurmus selalu memerangi penduduk Arab di daratan dan memerangi penduduk Hindia dari lautan.
.. seluruh pasukan diikat dengan rantai panjang agar tidak satupun yang mundur dan melarikan diri. Hurmuz terkenal sangat bengis dan kejam serta sangat kufur.
Ketika kedua pasukan saling berhadapan dan mulai berperang, Hurmuz turun dari kudanya mengajak perang tanding. Maka Khalid segera turun menyambut tentangan Hurmuz dan langsung maju ke arah Hurmuz, maka kedua pedang mereka mula beraksi saling menyerang. Khalid berhasil mencekik leher Hurmuz dengan tangannya, lalu para pengawal Hurmuz maju tetapi itu tidak mengganggu Khalid untuk membunuhnya. Kemudian al-Qa'qa' bin Amr segera maju menghadang para pengawal Hurmuz dan berhasil membunuh mereka semua.
Dalam peperangan ini Khalid tidak mengganggu para petani, kerana mereka tidak ikut berperang melawan kaum muslimin dan tidak pula mengganggu anak isteri mereka. Sebab yang diperangi hanyalah pasukan Persia saja.
Tarikh Ath-Thabari, 3/
Cara Dakwah Islam Dan Punca Perang Islam
ABU BAKAR MENGIRIM KHALID UNTUK BERDAKWAH DI TANAH ARAB
Abu Bakar mengintruksikan kepada Khalid untuk menarik hati masyarakat dan mendakwahi mereka kepada Islam. Jika mereka tidak menerima, maka ambillah jizyah (sejenis cukai) dari mereka. Dan jika mereka menolak Jizyah, maka perangilah mereka. Abu Bakar berpesan kepada Khalid agar tidak memaksa seorang pun untuk ikut bersamanya. Dan jangan sampai Khalid meminta bantuan kepada kaum murtad.
Diantara instruksinya adalah agar Khalid berusaha meminta orang Islam yang ditemuinya untuk ikut menyertainya.
Tarikh ath-Thabari, 3/343, al-Bidayah Wan Nihayah, Buku Perjalanan Hidup 4 Khalifah Rasul Yang Agung, hlm.145. Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari
Abu Bakar mengintruksikan
Diantara instruksinya adalah agar Khalid berusaha meminta orang Islam yang ditemuinya untuk ikut menyertainya.
Tarikh ath-Thabari, 3/343, al-Bidayah Wan Nihayah, Buku Perjalanan Hidup 4 Khalifah Rasul Yang Agung, hlm.145. Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari
KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM
KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM
Sebabnya... Abu Bakar mengira bahawa dia telah masuk Islam sambil menginstruksika n agar menyiapkan pasukan bersamanya untuk memerangi orang-orang yang murtad, akhirnya Abu Bakar dan al-Fuja'ah benar-benar mempersiapkan pasukan.
Ketika pasukan ini bergerak, tiap kali mereka menjumpai orang Islam mahupun orang kafir, PASTI AKAN DIBUNUH DAN DIAMBIL HARTANYA.
Ketika Khalid mengetahui berita ini, ia segera mengirim bala tentera untuk mengembalikanny a. Tatkala Allah S.W.T memberi kesempatan kepada Abu Bakar untuk menghukumnya, maka Abu Bakar mengirimnya ke al-Baqi, kemudian dalam keadaan tangan terikat ke kepala, ia dilemparkan ke dalam api hingga tewas terbakar dalam keadaan 'maqmuth' (terikat).
Tarikh ath-Thabari, 3/264 dan buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm. 118, terjemahan Abu Ihsan al-Atsari.
Sebabnya... Abu Bakar mengira bahawa dia telah masuk Islam sambil menginstruksika
Ketika pasukan ini bergerak, tiap kali mereka menjumpai orang Islam mahupun orang kafir, PASTI AKAN DIBUNUH DAN DIAMBIL HARTANYA.
Ketika Khalid mengetahui berita ini, ia segera mengirim bala tentera untuk mengembalikanny
Tarikh ath-Thabari, 3/264 dan buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm. 118, terjemahan Abu Ihsan al-Atsari.
Tindakan Rasulullah Apb Khalid tersalah ijtihad
..Khalid diutus oleh Rasulullah kepada Bani Khuzaimah dan ia membunuh para tawanan tersebut kerana mengatakan, "shaba'na! shaba'na" (padahal maksud mereka sebenarnya: Kami telah masuk Islam).
Mereka mengatakannya disebabkan mereka sulit mengucapkan, "Aslamna (kami telah masuk Islam). Akhirnya Rasulullah membayar diyat (sejenis pampasan utk) tiap tawanan tersebut bahkan Rasulullah mengembalikan bejana (bekas) tempat minum anjing milik mereka. Beliau berdoa sambil mengangkat tangan,
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang diperbuat Khalid."*
Walaupun demikian, Rasulullah tidak mencopotnya (lucutkan jawatan) dari jabatannya.
*Lihat kisah pasukan Khalid yang diutus ke Bani Khuzaimah dlm Shahih al-Bukhari, 8/57 (Fathul Bari)
Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari, buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm.124.
Mereka mengatakannya disebabkan mereka sulit mengucapkan, "Aslamna (kami telah masuk Islam). Akhirnya Rasulullah membayar diyat (sejenis pampasan utk) tiap tawanan tersebut bahkan Rasulullah mengembalikan bejana (bekas) tempat minum anjing milik mereka. Beliau berdoa sambil mengangkat tangan,
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang diperbuat Khalid."*
Walaupun demikian, Rasulullah tidak mencopotnya (lucutkan jawatan) dari jabatannya.
*Lihat kisah pasukan Khalid yang diutus ke Bani Khuzaimah dlm Shahih al-Bukhari, 8/57 (Fathul Bari)
Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari, buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm.124.
Sihir boleh membunuh!
Al-Qurrafi berkata:
"Sihir merupakan hakikat yang benar adanya. Kadang-kadang ia boleh mengakibatkan kematian kepada orang yang terkena sihir ataupun tabiat serta kebiasaannya berubah, walaupun tidak terkena pada dirinya secara langsung. Inilah pendapat al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal." -Rujuk al-Furuq, jilid 4,ms. 149
Mimpi Nabi Thn 2014
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).
Sulaiman bin Harb meriwayatkan daripada Hammad bin Zaid daripada Ayub, katanya: Apabila diceritakan kepada Ibnu Sirin, ada seorang lelaki bermimpi bertemu Nabi s.a.w, beliau akan berkata: "Ceritakan kepada saya orang yang anda lihat itu. Apabila diceritakan kepadanya suatu sifat yang dia sendiri tidak mengenalinya, beliau akan berkata: Anda tidak melihat Nabi."
(Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari, jilid 12, hlm. 384. Kata al-Hafiz: isnadnya adalah sahih.
Diterjemahkan oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa, Buku Beberapa Kepercayaan Kontroversi Dlm Masy. Islam)
(Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari, jilid 12, hlm. 384. Kata al-Hafiz: isnadnya adalah sahih.
Diterjemahkan oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa, Buku Beberapa Kepercayaan Kontroversi Dlm Masy. Islam)
Sunday, November 16, 2014
Melihat Rupa Asli Jin
Barang siapa yang mengaku melihat rupa jin(yang aslinya), maka kami batalkan persaksiannya, kecuali ia seorang Nabi.
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya (IX: 141) dan oleh Baihaqi di dalam kitab Ahkamul Qur'an (II: 194-195). Begitu juga As Subki dan pengarang kitab Fathul Bari.
Diterjemah oleh Abd Hakim bin Amir Abdat dalam buku Alam Jin Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya (IX: 141) dan oleh Baihaqi di dalam kitab Ahkamul Qur'an (II: 194-195). Begitu juga As Subki dan pengarang kitab Fathul Bari.
Diterjemah oleh Abd Hakim bin Amir Abdat dalam buku Alam Jin Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Saturday, November 15, 2014
Kisah Nabi Danial
KISAH NABI DANIAL a.s
Abul 'Aliyah menceritakan: " Ketika kami membuka sebuah penutup, kami mendapati di antara kekayaan Baitul Harmazan ada sebuah tempat tidur yang diatasnya terbujur sesosok mayat yang di atas kepalanya terdapat mushaf. Maka kami mengambilnya dan membawanya menghadap 'Umar al-Khattab. Kemudian Umar meminta supaya dipanggilkan Ka'ab. Dan naskah mushaf tersebut berbahasa arab, dan aku adalah bangsa arab yang pertama kali membacanya.
Wednesday, June 18, 2014
Sifat Solat Nabi: Membaca Al-Fatihah (11)
Membaca Al-Fatihah
Membaca surah Al-Fatihah di dalam solat (baik solat fardhu atau sunat)
dipandang suatu fardhu dari
fardhu-fardhu solat yakni suatu rukun solat dan hendaklah ianya dibaca pada
tiap-tiap rakaat solat. Demikian pegangan jumhur ulama. Kita lihat dalil-dalil
berkaitan bab ini.
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ
الصَّامِتِ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Daripada Ubadah
bin Shamit ia berkata: Bahawa telah bersabda Nabi saw: Tidak ada solat bagi
mereka yang tidak membaca Fatihatul KItab (Surah Al-Fatihah) di dalamnya
Riwayat Al-Jamaah
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ
الصَّامِتِ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: لاَ تُجْزَى صَلاَةٌ لِمَنْ لَمْ
يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Daripada Ubadah
bin Shamit ia berkata: Bahawa telah bersabda Nabi saw: Tidak diberi ganjaran (sah)
solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul KItab (Surah Al-Fatihah) di
dalamnya
Riwayat
Ad-Daruquthni. Sanad hadits ini shahih.
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ص يَقُوْلُ: مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ
فِيْهَا بِاُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ
Daripada Aisyah ia
berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang bersolat
sedang dia tidak membaca di dalamnya (solat) dengan Ummul Kitab (Al-Fatihah)
maka solatnya khidaj[1]
Riwayat Ahmad dan
Ibnu Majah[2].
Demikian antara
keterangan-keterangan tentang wajibnya Al-Fatihah itu dibaca dalam solat.
Adapun dalil bahawa Al-Fatihah itu wajib dibaca pada tiap-tiap rakaat maka
ianya juga beralasankan kepada hadits-hadits yang telah dibawakan di atas di
mana telah bersabda Rasulullah saw: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak
membaca Fatihatul KItab (Surah Al-Fatihah) di dalamnya. – Bahawa perkataan
solat itu mencakup keseluruhan rakaatnya dan jika kita kembali kepada hadits musi'i
solat (orang yang rosak solat):
ثُمَّ
افْعَلْ ذَلِكَ فِيْ صَلاَتِكَ كُلِّهَا
Kemudian lakukanlah
sedemikian pada solatmu setiapnya (pada rakaat berikutnya)
Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim.
Rasulullah saw
memerintahkan kepadanya perkara-perkara yang oleh ulama dipandang sebagai rukun
dalam solat yang perlu dititikberat perlaksanaannya dalam solat, maka dari
keterangan-keterangan hadits, Al-Fatihah itu dipandang sebagai satu kefardhuan
maka wajiblah ia dibaca pada tiap-tiap rakaat. Demikian hujjah yang dibawakan
oleh jumhur ulama.
Sesungguhnya
Al-Fatihah itu dipandang suatu rukun dalam solat di mana jika seseorang itu
bersolat tanpa membaca Al-Fatihah maka tidak dinamakan dia telah bersolat.
Demikian juga sekiranya seseorang itu bersolat dan dia membaca Al-Fatihah akan
tetapi Al-Fatihahnya rosak (dibaca sehingga mengubah maknanya) maka solatnya
itu batal kerana dia belum membaca Al-Fatihah. Adalah amat penting seorang
muslim itu belajar dan membaca Al-Fatihah itu dengan betul sebutan bacaannya
agar maksudnya tidak berubah.
عَنْ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ أَبِى الْعَلاَءِ قَالَ: قَالَ اَبُوْ هُرَيْرَةَ: قَالَ رَسُوْلُ
الله ص: مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيْهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهِيَ
خِدَاجٌ يَقُوْلُهَا ثَلاَثًا. فَقِيْلَ لأَبِيْ هُرَيْرَةَ اِنَّا نَكُوْنَ
وَرَاءَ الاِمَامَ؟ فَقَالَ: اِقْرَأْ بِهَا فِيْ نَفْسِكَ فَاِنِّيْ سَمِعْتُ
رَسُوْلَ الله ص يَقُوْلُ: قَالَ الله عَزَّ وَجَلَّ: قَسَّمْتُ الصَّلاَةَ
بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ. فَاِذَا قَالَ
الْعَبْدُ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ قَالَ اللهُ حَمِدَنِيْ عَبْدِيْ
فَاِذَا قَالَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ قَالَ اللهُ اَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِيْ
فَاِذَا قَالَ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ قَالَ مَجَّدَنِيْ عَبْدِيْ وَقَالَ
مَرَّةً فَوَّضَ اِلَيَّ عَبْدِيْ وَاِذَا قَالَ اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ
نَسْتَعِيْنُ قَالَ هَذَا بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ
فَاِذَا قَالَ اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ
اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيْنَ قَالَ
هَذَا لِعَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ
Daripada Abdur
Rahman Abil 'Ala
ia berkata: Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Barangsiapa
mengerjakan solat yang tidak dibacakan Al-Fatihah di dalamnya maka solatnya itu
putus. Nabi saw mengatakan demikian tiga kali. Ditanya kepada Abu Hurairah:
Bagaimana kalau kami solat di belakang imam? Abu Hurairah menjawab: Bacalah
dalam dirimu kerana aku mendengar Rasulullah saw bersabda (bahawa) Allah
berfirman: Aku telah membahagi solat (Al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu dua
bahagian dan untuk hambaKu apa yang mereka pohonkan. Apabila hambaKu ucapkan
Alhamdulillah robbil 'alamiin (Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam),
Allah berfirman: HambaKu telah memujiKu. Apabila ia mengucapkan Ar-Rahmaanir
Rahiim (Yang Maha Pemurah Maha Penyayang), Allah berfirman: HambaKu
menyanjungKu. Apabila ia mengucapkan Maaliki yaumiddin (Yang Memiliki hari
pembalasan), Allah berfirman: HambaKu memuliakanKu. Apabila ia ucapkan Iyyaka
na'budu wa iyyaka nastai'in (Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya padaMu aku
pohon pertolongan), Allah berfirman: Inilah yang terletak antaraKu dan hambaKu
dan bagi hambaKu apa yang ia pinta. Apabila ia ucapkan Ihdinash shiraathal
mustaqiim, Shiraathal ladziina an'amta 'alaihim ghoiril maghdhuubi 'alaihim
waladh dhaalliin (Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang
Engkau beri nikmat kepada mereka bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan
jalan orang yang sesat), Allah berfirman: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu
apa yang ia pinta.
Riwayat Jamaah selain
Bukhari dan Ibnu Majah
Solat bagi orang
yang belum menghafal Al-Fatihah
Adapun bagi orang
Islam yang belum menghafal Al-Fatihah, maka hendaklah dia solat dengan membaca
apa-apa yang dihafalnya dari ayat Al-Quran. Jika tiada dihafalnya walau sedikit
dari ayat-ayat Al-Quran maka hendaklah dia bertahmid, bertakbir, bertahlil
kemudiannya barulah dia ruku'. Ini beralasankan hadits Rifa'ah bin Rafi':
عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ
رَافِعٍ قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص عَلَّمَ رَجُلاً الصَّلاَةَ فَقَالَ: اِنْ
كَانَ مَعَكَ قُرْآنٌ فَاقْرَأْهُ وَاِنْ لاَ فَاحْمِدِ اللهَ وَكَبِّرْهُ
وَهَلِّلْهُ ثُمَّ ارْكَعْ
Daripada Rifa'ah
bin Rafi' ia berkata: Bahawa Rasulullah saw mengajarkan solat kepada seorang
lelaki maka beliau saw bersabda: Jika engkau ada menghafal beberapa ayat
Al-Quran maka bacalah ia. Jika tidak, pujilah Allah dan bertakbirlah serta
bertahlil. Sesudah itu barulah engkau ruku'.
Riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi[3].
Hadits seterusnya:
عَنْ عَبْدِ اللهِ
بْنِ اَبِى اَوْفَى قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ ص فَقَالَ: اِنِّيْ لاَ
اَسْتَطِيْعُ اَنْ آخُذَ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْئًا فَعَلِّمْنِيْ مَا يُجْزِئُنِيْ.
قَالَ: قُلْ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ
اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ
Daripada
Abdullah bin Abi Aufa ia berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw
lalu berkata: Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghafal walau sedikit dari
ayat Al-Quran maka ajarkanlah aku sesuatu yang dapat mengganjarkan aku
(menggantikan ayat Al-Quran). Bersabda Nabi saw: Ucapkanlah Subhanallah
walhamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa
billah (bermaksud) Maha suci Allah dan pujian bagi Allah dan tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan tiada usaha dan kekuatan melainkan
dengan Allah
Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An-Nasaie dan Ad-Daruquthni
Bagi orang yang belum menghafal Al-Fatihah, hendaklah ia membaca dalam
solatnya apa-apa dari ayat Al-Quran yang dihafalnya. Jika dia tidak menghafal
walau sedikit dari ayat Al-Quran maka kemudiannya barulah dibenarkan ia membaca
tasbih, tahmid, tahlil sebagaimana tersebut dalam hadits di atas.
Kedua-dua hadits di atas bukan bermaksud bahawa orang yang belum atau tidak
menghafal Al-Fatihah maka cukup ia membaca bacaan-bacaan di atas untuk
selamanya akan tetapi ia menerangkan selama seseorang itu masih belum menghafal
Al-Fatihah maka boleh ia membaca sedikit dari ayat Al-Quran atau zikir-zikir di
atas dalam solatnya dan hendaklah pada masa yang sama ia mempelajari dan
menghafal Al-Fatihah kerana itulah kewajipan yang mesti dibaca dalam solat.
Setelah ia menghafal Al-Fatihah, maka wajib ia membaca Al-Fatihah dan
meninggalkan kaedah tersebut di atas
[1] Berkata
Al-Khatthabi dalam Ma'alimus Sunan: "Dimaksudkan dengan khidaj dalam
hadits ini ialah tidak sah." Bukhari dalam kitabnya Juzul Qiraah menyebut:
"Dimaksudkan dengan khidaj ialah keluar dari perut ibunya dalam keadaan
mati tidak bernyawa (keguguran).
[2] Dalam
sanad hadits ini terdapat seorang perawi yang diragukan iaitu Muhammad bin
Ishaq akan tetapi hadits ini dikuatkan shahihnya dengan hadits di atas.
[3] Hadits
ini adalah suatu bahagian dari hadits musi'i solat (orang yang rosak solatnya).
Diterangkan oleh Al-Mundziri bahawa hadits ini diriwayatkan juga oleh
An-Nasaie. Menurut Tirmidzi hadits ini hasan.
Sifat Solat Nabi: Membaca Basmallah (10)
Membaca Basmallah sebelum membaca Al-Fatihah
Membaca Bismillah
sebelum membaca Al-Fatihah baik di rakaat pertama mahupun pada rakaat-rakaat
lainnya sememangnya ada dalil yang dapat disandarkan kepada Rasulullah di mana bacaan Bismillah sebelum
Fatihah ini ada yang menerangkan tentang dijaharkan dan ada yang menerangkan
tentang disirkan bacaannya, akan tetapi yang dipandang lebih kuat adalah
disirkan bacaannya, demikian menurut hadits-hadits yang terang shahih lagi
sharih dalam bab ini serta pengamalan sahabat. Kita renungkan
keterangan-keterangan dalam bab ini.
عَنْ عَبْدِ اللهِ
بْنِ اَبِى مُلَيْكَةَ قَالَ: اِنَّ اُمَّ سَلَمَةَ سُئِلَتْ عَنْ قِرَاءَةِ
رَسُوْلِ الله ص فَقَالَتْ: كَانَ يُقَطِّعُ قِرَاءَتَهُ آيَةً آيَةً بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ.
Daripada
Abdullah bin Abi Mulaikah ia berkata: Bahawa Ummu Salamah ditanya tentang
bacaan Rasulullah saw maka ia berkata: Adalah beliau saw memutuskan bacaannya
satu ayat satu ayat (beliau membaca satu ayat satu ayat), Bismillahir rahmanir
rahim…. Alhamdulillahi robbil 'alamin ……. ArrahmaanirRahiim …….Maaliki
yaumiddiin.
Riwayat Ahmad dan
Abu Daud. Menurut Al-Mundziri hadits ini juga diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan
An-Nasaie di mana At-Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih.
عَنْ نُعَيْمِ الْمُجَمِّرِ
قَالَ: صَلَّيْتُ وَرَاءَ اَبِى هُرَيْرَةَ فَقَرَأَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ ثُمَّ قَرَأَ بِاُمِّ الْقُرْآنِ وَيَقُوْلُ اِذَا سَلَّمَ وَالَّذِيْ
نَفْسِيْ بِيَدِهِ اِنِّيْ لأَشْبَهُكُمْ صَلاَةً بِرَسُوْلِ الله ص
Daripada Nu'aim
Al-Mujammir ia berkata: Aku telah solat di belakang Abu Hurairah maka dia
membaca Bismillahir rahmaanir rahiim kemudian dia membaca Ummul Kitab (Fatihah)
dan setelah dia mengucapkan salam dia berkata: Demi Allah yang jiwaku di
tanganNya, sesungguhnya aku adalah orang yang paling hampir solatnya dengan
solat Rasulullah saw daripada kamu sekalian
Riwayat An-Nasaie
dan Ibnu Khuzaimah. Berkata Al-Baihaqi: Hadits ini shahih sanadnya. Berkata Abu
Bakar Al-Khatib: Hadits ini shahih
Kedua-dua hadits di atas merupakan alasan yang dipegang oleh segolongan
ulama bahawa bacaan Basmallah itu dijaharkan bacaannya. Kita lihat keterangan
lainnya:
عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ ص وَاَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ
فَلَمْ اَسْمَعْ اَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Daripada Anas
bin Malik ia berkata: Aku pernah solat bersama Nabi saw, Abu Bakar, Umar dan
Usman maka aku tidak mendengar seorang pun dari mereka membaca Bismillahir rahmaanir
rahiim
Riwayat Ahmad dan
An-Nasaie. Hadits ini sanadnya menurut syarat hadits shahih.
عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ ص وَاَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ
وَعُثْمَانَ فَكَانُوْا يَسْتَفْتِحُوْنَ بِالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
لاَ يَذْكُرُوْنَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ فِي اَوَّلِ قِرَاءَةٍ
وَلاَ فِي آخِرِهَا
Daripada Anas
bin Malik ia berkata: Aku pernah solat di belakang Nabi saw, di belakang Abu
Bakar, Umar dan Usman maka adalah mereka memulai bacaan dengan Alhamdulillahi
robbil 'alamin, mereka tiada menyebut Bismillahir rahmaanir rahiim pada awal bacaan
(Al-Fatihah) dan tidak pula pada akhir bacaan (ketika membaca surah)
Hadits shahih
riwayat Muslim
Jika kita lihat pada dua hadits di atas, zahirnya menunjukkan seolah-olah
Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar dan Usman tidak membaca Basmallah sebelum
membaca Al-Fatihah. Sebelum kita membuat sebarang keputusan dalam bab ini,
perlu terlebih dahulu kita kumpulkan kesekian dalil yang ada lalu kemudiannya
barulah kita rumuskan pegangan yang akan diambil.
Hadits daripada Abdullah bin Mulaikah dan Nu'aim Al-Mujammir menunjukkan
bahawa Rasulullah ada membaca Basmallah sebelum membaca Al-Fatihah. Adapun
maksud zahir hadits daripada Anas menerangkan bahawa seolah-olah Rasulullah
saw, Abu Bakar, Umar dan Usman tidak membaca Basmallah sebelum membaca
Al-Fatihah. Jika kita teliti hadits Anas di atas, ia tidak menafikan tentang
adanya bacaan Basmallah akan tetapi ianya menceritakan bahawa Rasulullah saw,
Abu Bakar, Umar dan Usman memulakan bacaan dengan Alhamdulillahi robbil
'alamiin di mana dalam riwayat lainnya menerangkan bahawa Basmallah itu
disirkan bacaannya.
وَفِيْ رِوَايَةٍ
لأَحْمَدَ وَالنَّسَائِي وَابْنِ خُزَيْمَةَ: لاَ يَجْهَرُوْنَ بِبِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dalam riwayat
Ahmad, Nasaie dan Ibnu Majah: Mereka tidak menyaringkan
bismillahirrahmanirrahim
Dalam permasalahan apakah Basmallah itu dijaharkan atau disirkan bacaannya,
setelah dikumpulkan kesekian hadits yang berhubung masalah ini, para ulama
menyimpulkan bahawa Nabi saw biasa menjaharkan bacaan Basmallah dan biasa
mensirkan bacaan Basmallah akan tetapi mensirkan Basmallah itu lebih banyak
dilakukan Rasulullah saw di mana dengan mengambil petunjuk daripada pengamalan
sahabat, ulama menyatakan bahawa pernah mula-mulanya Rasulullah saw menjaharkan
Basmallah akan tetapi kemudiannya disirkan. Ini berpedomankan riwayat daripada
Anas[1]
bahawa ia pernah bersolat di belakang Nabi saw, pernah bersolat di belakang Abu
Bakar, pernah bersolat di belakang Umar dan Usman sedang para sahabat besar ini
tiada menjaharkan Basmallah.
Membaca Basmallah sebelum membaca surah
عَنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ ص وَاَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ
وَعُثْمَانَ فَكَانُوْا يَسْتَفْتِحُوْنَ بِالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
لاَ يَذْكُرُوْنَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ فِي اَوَّلِ قِرَاءَةٍ
وَلاَ فِي آخِرِهَا
Daripada Anas
bin Malik ia berkata: Aku pernah solat di belakang Nabi saw, di belakang Abu
Bakar, Umar dan Usman maka adalah mereka memulai bacaan dengan Alhamdulillahi
robbil 'alamin, mereka tiada menyebut Bismillahir rahmaanir rahiim pada awal bacaan (Al-Fatihah)
dan tidak pula pada akhir bacaan (ketika membaca surah)
Hadits shahih
riwayat Muslim
Zahir hadits di atas menunjukkan Rasulullah saw tiada menyebut Basmallah
sebelum membaca Al-Fatihah dan selepasnya namun dari hadits-hadits lainnya
telah diperincikan bahawa bukanlah Rasulullah saw tidak membaca Basmallah
sebelum Al-Fatihah tetapi dibaca secara sir akan tetapi dalam bab membaca
Basmallah sebelum membaca surah maka yang demikian ini langsung tiada diperoleh
keterangan daripada Rasulullah saw baik beliau membacanya secara sir atau
jahar.
Tiada diperoleh keterangan yang shahih atau hasan daripada Rasulullah saw
bahawa beliau saw membaca Basmallah sebelum membaca surah dan tiada juga
diperoleh keterangan bahawa ianya diamalkan oleh para sahabat malah perkara ini
tiada dibincangkan oleh para ulama ahli hadits dan ulama fiqh dalam kitab-kitab
mereka. Kebanyakan umat Islam yang membaca Basmallah sebelum membaca surah
adalah semata-mata berdasarkan sangkaan sedang dari segi keterangan, tiada
diperoleh tentangnya daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat.
Amalan membaca Basmallah sebelum membaca surah ini mestilah ditinggalkan
kerana ianya tiada contoh daripada Rasulullah saw dan sekiranya ia dilakukan,
maka ini termasuk perkara yang diada-adakan dalam urusan agama yang disebut
sebagai bid'ah di mana ianya satu kesesatan. Janganlah dinilaikan amalan ini
dari sudut logika baik atau buruknya tetapi nilaikanlah berdasarkan perintah
Rasul saw:
صَلُّوْا كَمَا
رَاَيْتُمُوْنِيْ اُصَلِّى
Solatlah kamu
sebagaimana kamu melihat aku solat
Riwayat Bukhari dan
Ahmad
Urusan solat adalah urusan agama yang ada padanya perintah dan perincian
yang khusus daripada syara'. Apabila sesuatu amalan itu tiada dicontohkan oleh
Rasulullah saw dalam urusan agama maka yang demikian itu tidak boleh kita
kerjakan. Sesungguhnya syariat Islam itu tidak berdiri berdasarkan sangkaan
tetapi ianya berlandaskan dalil yang terang daripada Allah dan RasulNya.
Kesimpulan darihal ta'awwudz dan basmallah
Dengan keterangan-keterangan hadits yang telah dibawakan, dapat disimpulkan
sebagai berikut:
- Ta'awwudz hanya dibaca pada rakaat pertama setelah membaca zikir
iftitah sebelum membaca Basmallah
- Ta'awwudz tidak dibaca pada rakaat kedua, ketiga dan keempat dan
tidak dibaca sebelum membaca surah (selepas Al-Fatihah)
- Basmallah dibaca sebelum membaca Al-Fatihah di setiap rakaat dan
menurut keterangan yang kuat disirkan bacaannya
- Basmallah tiada dibaca ketika membaca surah selepas Al-Fatihah
Membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum membaca Al-Fatihah baik di rakaat
pertama atau rakaat selainnya adalah daripada sunnah Rasulullah saw akan tetapi
membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum membaca surah maka sememangnya adalah
suatu yang tiada dicontohkan oleh Rasulullah saw yang sewajarnya kita
tinggalkan. Maka setelah membaca Al-Fatihah dan setelah mengucapkan Amin,
teruskanlah dengan bacaan surah tanpa dimulai dengan Ta'auwwudz (A 'udzu billah
….) dan Bismillah. Bismillah itu wajib dibaca sebelum Al-Fatihah kerana
demikianlah diperoleh keterangan yang shahih daripada Rasulullah saw di mana
menurut keterangan yang lebih terang bahawa Bismillah itu dibaca dengan sir
(tersembunyi), tentang apakah Basmallah ini sebahagian daripada Al-Fatihah atau
tidak maka itu tidaklah menjadi perbahasan yang penting kerana apabila telah
ada contoh daripada Rasulullah saw bahawa beliau membacanya di awal Al-Fatihah
maka kita pun membacanya dan apabila tidak ada perintah/sunnah membacanya
(Basmallah) pada surah maka tidak perlulah kita mencari-cari alasan atau
mengqiyaskan (pada Al-Fatihah) untuk mengadakannya atau membolehkannya kerana
apa yang disunnahkan itulah yang sepatut kita lakukan.
[1] Anas
adalah seorang sahabat yang berkhidmat kepada Nabi saw sejak Nabi saw datang ke
Madinah hingga Nabi saw wafat. Bahkan Anas dibenarkan masuk ke rumah Nabi saw
sebelum turun ayat hijab, di setiap waktu dan Anas tetap menyertai Nabi saw di
kampung dan dalam safar (perjalanan). Maka tiada diperoleh keterangan daripada
Anas, seorang yang begitu rapat dengan Rasulullah saw ada meriwayatkan beliau
saw menjaharkan Basmallah. Begitu pula Anas pernah menyertai Abu Bakar, Umar
dan Usman dan pernah mengendalikan beberapa tugas negara di masa Umar. Begitu
lama Anas bersama sahabat-sahabat besar namun tiada diperoleh daripada
sahabat-sahabat besar tentang menjaharkan Basmallah.
Sifat Solat Nabi: Membaca ta'awwudz (9)
Membaca ta'awwudz
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 98 [16:98]
فَاِذَا قَرَأْتَ
الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Maka apabila
engkau membaca Al-Quran maka mintalah perlindungan Allah daripada syaitan yang
direjam
Ayat di atas merupakan perintah Allah supaya dibacakan ta'awwudz[1]
sebelum membaca ayat Al-Quran di mana perintah ini adalah perintah umum yang
mencakup di dalam atau di luar solat. Dalam bab ini, terdapat beberapa riwayat
yang menunjukkan Rasulullah saw ada membaca ta'awwudz di dalam solat maka
dimanakah tempatnya dibacakan ta'awwudz itu?
قَالَ ابْنُ
الْمُنْذِرِ: جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ ص اَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ قَبْلَ الْقِرَاءَةِ
اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Telah berkata
Ibnul Mundzir: Telah datang (riwayat) daripada Nabi saw sesungguhnya beliau saw
membaca A'uudzu billahi minasy-syaithanir-rajiim (bermaksud) Aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam sebelum membaca (Al-Quran)
Dalam riwayat
lainnya diperincikan lagi darihal tempat membaca ta'awwudz ini sebagaimana
diterangkan daripada Abu Said Al-Khudri:
عَنْ اَبِى سَعِيْدٍ
الْخُدْرِىِّ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ ص اِذَا قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ اسْتَفْتَحَ
ثُمَّ يَقُوْلُ اَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفَثِهِ
Daripada Abu
Said Al-Khudri ia berkata: Adalah Nabi saw apabila berdiri untuk solat beliau
membaca (zikir) iftitah kemudiannya beliau membaca A'uudzu billahis sami'il
'alimi minasy-syaithaanir-rajiimi min hamzihi wanafkhihi wanafatsihi
(bermaksud) Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar Maha Mengetahui
dari syaitan yang direjam dari tikamannya, tiupannya dan ludahannya
Riwayat Ahmad dan
At-Tirmidzi. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud[2].
Daripada Nafi' bin
Jubair bin Muth'im daripada bapanya ia berkata:
سَمِعْتُ رَسُوْلَ
الله ص يَقُوْلُ فِي التَّطَوُّعِ اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا ثَلاَثَ
مَرَّاتٍ وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا ثَلاَثَ مَرَّاتٍ وَسُبْحَانَ
اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً ثَلاَثَ مَرَّاتٍ اَللَّهُمَّ اِنِّيْ
اَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْثِهِ وَنَفْخِهِ.
قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ الله مَا هَمْزُهُ وَنَفْثُهُ وَنَفْخُهُ؟ قَالَ: اَمَّا
هَمْزُهُ فَالْمَوْتَهُ الَّتِى تَأْخُذُ بَنِى آدَمَ اَمَّا نَفْخُهُ الْكِبْرُ
وَنَفْثُهُ الشِّعْرُ
Aku mendengar
Rasulullah saw membaca dalam (solat) tathawwu' Allahu akbaru kabiira
bermaksud (Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar) 3x dan Walhamdulillahi
katsiera bermaksud (dan pujian-pujian bagi Allah yang amat banyak) 3x
dan Wasubhaanallahi bukratan wa ashila bermaksud (dan Maha Suci Allah
di pagi dan petang) 3x. Allahumma inni a'uudzubika
minasy-syaithanir-rajiimi min hamzihi wanaftsihi wanafkhihi bermaksud (Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu daripada syaitan yang direjam dari
fitnahnya, hembusan dan tiupannya). Aku berkata: Ya Rasulullah, apa itu
fitnah, hembusan dan tiupannya itu? Beliau saw bersabda: Fitnahnya ialah
sengketa di antara manusia, tiupannya ialah takabbur dan hembusannya ialah
syair
Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dengan diringkaskan
Daripada keterangan-keterangan yang dibawakan, ianya jelas menunjukkan
bahawa ta'awwudz ini hanya dibaca pada rakaat pertama setelah membaca
zikir iftitah sebelum membaca Basmallah dan ta'awwudz ini tidak dibacakan pada
rakaat-rakaat lainnya dan tidak juga dibacakan ketika hendak membaca surah
selepas Al-Fatihah. Inilah pengamalan yang terang bersandarkan
pengamalan Rasulullah saw dan sahabat di mana telah berkata Al-Aswad:
وَقَالَ الأَسْوَدُ:
رَاَيْتُ عُمَرَ – حِيْنَ يَفْتَتِحُ الصَّلاَةَ – يَقُوْلُ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ اِلَهَ غَيْرُكَ ثُمَّ
يَتَعَوَّذُ
Telah berkata
Al-Aswad: Aku melihat Umar – ketika memulai solat – mengucapkan Subhaanakallahumma
wabihamdika watabarakasmuka wata'aala jadduka wala ilaaha ghoiruka bermaksud (Maha
suci Engkau ya Allah dan pujian bagiMu, Maha Berkat NamaMu dan Maha Tinggi
keagunganMu dan tiada Tuhan yang disembah selainMu) kemudian dia
berta'awwudz
Riwayat Ad-Daruquthni
Tiada diperoleh keterangan daripada Rasulullah saw bahawa beliau ada
membaca ta'awwudz dalam rakaat kedua, ketiga atau keempat dan tiada diperoleh
keterangan bahawa Rasulullah saw ada membaca ta'awwudz sebelum membaca surah
selepas Al-Fatihah maka tinggalkanlah perkara-perkara yang tiada contohnya
daripada Rasulullah saw ini dan beramallah dengan keterangan yang jelas bukan dengan
sangkaan kerana sesungguhnya sangkaan itu sedikitpun tidak berguna untuk
mendapatkan kebenaran. Firman Allah: Surah Yunus ayat 36 [10:36 ]
وَمَا يَتَّبِعُ
أَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Dan kebanyakan mereka tidak
mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya zhan (sangkaan) itu,
tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”
Kesimpulan
Ta'awwudz hanya dibaca pada rakaat pertama setelah membaca zikir iftitah
sebelum membaca Basmallah.
[1] Yang
dikatakan ta'awwudz ialah meminta perlindungan Allah di mana dalam ayat 98 surah
An-Nahl ini dijelaskan فَاسْتَعِذْ
بِاللهِ
iaitu
memohon perlindungan Allah daripada syaitan dengan bacaan seperti A'uudzu
billahi minasy-syaithaanir-rajiim
[2] Menurut
At-Tirmidzi, hadits ini adalah hadits yang paling masyhur dalam urusan ini dan
telah diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu. Sanad hadits Abu Said ini
diperkatakan oleh para ahli hadits namun begitu hadits ini dapat dijadikan
hujjah kerana datangnya melalui banyak jalan maka riwayat-riwayat ini saling
menguatkan satu sama lain.
Sifat Solat Nabi: Khusyuk (8)
KHUSYUK
Banyak di antara kita faham makna khusyuk dan berusaha untuk melaksanakan
di dalam ibadah solat seharian kita dan banyak jugalah yang lazimnya gagal
mencapai tahap khusyuk sebagaimana yang dikehendaki. Khusyuk itu adalah satu
urusan dalam ibadah yang sangat penting kerana tanpa khusyuk kita akan menjadi
lalai di dalam solat, di mana sifat lalai ini adalah dikecam oleh Allah
sebagaimana firman-Nya :
فَوَيْلٌ
لِّلْمُصَلِّيْنَ * الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُوْنَ * الَّذِيْنَ هُمْ
يُرَآءُوْنَ * وَيَمْنَعُوْنَ الْمَاعُوْنَ
“Maka celakalah bagi
orang-orang yang bersolat iaitu orang-orang yang lalai dalam solat mereka[1],
orang-orang yang berbuat riya’ dan enggan (menolong dengan) barang yang
berguna”
Surah Al-Maa’uun ayat 4-7 [107:4-7]
Maka untuk mencapai khusyuk ini, maka telah manusia mereka berbagai cara
dari golongan Syafieyah (bukan Imam As-Syafie) atau golongan yang bertaklied buta
kepada ulama ulama yang dianggap bermazhab Syafie, mereka mengadakan berbagai
muqaranah niat yang terpecah kepada beberapa bahagian yang tidak lain adalah
usaha akal yang didahulukan dari naqal (nash). Akhirnya lahirlah faham bahawa
lafaz itu membantu/menguatkan hati dan terciptalah lafaz ushalli.., nawaitu..
dan lain-lain rekaan yang semuanya dilakukan atas dasar Zhann atau sangkaan
akal bahawa ianya satu kebaikan. Sesungguhnya Zhann atau sangkaan yang demikian
itu di atas urusan Syariat adalah perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan
walau sedikit pun. Firman Allah :
وَمَا يَتَّبِعُ
أَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Dan kebanyakan mereka tidak
mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya zhan (sangkaan) itu,
tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”
Surah Yunus ayat 36 [10:36 ]
Untuk mencapai tahap khusyuk hendaklah kita melakukannya menurut apa yang
disunnahkan oleh Rasulullah saw. kerana telah ada hadits yang terang di dalam
bab solat bahawa kita perlu menurut apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah
saw. sebagaimana sabdanya :
صَلُّوْا كَمَا
رَاَيْتُمُوْنِيْ اُصَلِّيْ
“Hendaklah kamu bersolat sebagaimana kamu
melihat aku mengerjakan solat.”
Riwayat Bukhari dan Ahmad.
Dalil Zhann atau menimbulkan sangkaan itu baik ini baik/hasanah atau ada
bid’ah hasanah adalah satu faham yang amat bahaya kepada ibadah seorang muslim,
ini ditegaskan oleh Imam Malik, katanya :
مَنِ
ابْتَدَعَ فِي الاِسْلاَمِ بِدْعَةً يَرَاهَا حَسَنَةً فَقَدْ زَعَمَ اَنَّ
مُحَمَّدًا ص خَانَ الرِّسَالَةَ لاَنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ {اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ
وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الاِسْلاَمَ دِيْنًا} فَمَا
لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِيْنًا فَلاَ يَكُونُ الْيَوْمُ دِيْنًا
Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu bid’ah
yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sesungguhnya dia telah menuduh
bahawa Muhammad saw mengkhianati risalah kerana Allah Taala telah berfirman
(yang maksudnya): “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan
telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama
bagimu”. Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu tidak menjadi
agama pula pada hari ini.
Maka amalan seperti melafazkan niat (ushalli.., nawaitu..) dan muqaranah
niat itu semua adalah amalan yang lahir dari dasar Zhann/sangkaan dan ianya
adalah bid’ah dhalalah/sesat bukannya bid’ah hasanah dan tidak ada sebarang
bid’ah di dalam urusan agama melainkan semuanya adalah dhalalah sesat. Sabda
Rasulullah saw.:
مَا تَرَكْتُ شَيْئًا
مِمَّا اَمَرَكُمُ اللهُ بِهِ اِلاَّ وَقَدْ اَمَرْتُكُمْ بِهِ وَلاَ تَرَكْتُ
شَيْئًا مِمَّا نَهَاكُمْ عَنْهُ اِلاَّ وَقَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ
“Aku tidak meninggalkan sesuatu dari apa apa yang telah di perintahkan
Allah kepada kamu dengannya melainkan sungguh aku telah perintahkan kamu
dengannya, dan aku tidak tinggalkan sesuatu dari apa apa yang telah di larang
kamu darinya oleh Allah melainkan akau telah melarang kamu darinya.”
Riwayat Ibnu Abdil-Barri dan Baihaqi.
Abdullah bin Umar berkata :
كُلُّ بِدْعَةٍ
ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رَآهَا النَّاسُ حَسَنَةً
“Semua bid’ah adalah sesat walaupun manusia memandangnya baik.”
Hendaklah kita mengambil dalil yang sah dalam pengamalan ibadah kita bersih
dari sangkaan akal dan tidak atas dasar taklied kepada para ulama. Demikian
juga dalam urusan khusyuk di dalam solat hendaklah kita mengambil dalil dari
sunnah Rasulullah saw. iaitu dari hadits yang sah untuk dibuat dalil. Khusyuk
itu berkehendakkan ikhlas di dalam kita mengabdikan diri kepada Allah
sebagaimana firman-Nya :
وَمَا اُمِرُوْا
اِلاَّ لِيَعْبُدُوْا اللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ حُنَفَآءَ وَيُقِيْمُوْا
الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِيْنُ الْقَيِّمَةِ
“Dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan agama)
dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan yang
demikian itulah agama yang lurus.”
Surah Al-Bayyinah ayat 5 [98:5]
Selain dari kita perlu kepada keikhlasan di dalam solat untuk mendapatkan
khusyuk, seorang yang melakukan ibadah solat hendaklah memiliki Ihsan. Dalil
tentang Ihsan ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah saw. yang berbunyi :
الاِحْسَانُ اَنْ
تَعْبُدَ اللهَ كَاَنَّكَ تَرَاهُ فَاِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَاِنَّهُ يَرَاكَ
“Ihsan itu adalah engkau menyembah
Allah seakan akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak melihat-Nya maka
sesungguhnya Ia melihat engkau.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ibadat yang dilakukan sambil lewa atau seperti melepaskan batuk di tangga
dengan mematuk-matuk di dalam rukuk dan sujudnya sehingga nampak tergesa-gesa
(tidak ada thuma'ninah) tidak akan mendapat apa-apa daripada Allah. Maka supaya
amalan diterima Allah hendaklah ia lakukan dengan cara yang sebaiknya dari segi
lahiriah dan batiniahnya. Inilah di antara cara untuk mendatangkan khusyuk di
dalam ibadah solat. Firman Allah :
وَالَّذِيْنَ
يُؤْتُوْنَ مَآ ءَاتَواْ وَقُلُوْبُهُمْ وَجِلَةٌ اَنَّهُمْ اِلَى رَبِّهِمْ
رَاجِعُوْنَ * اُولَئِكَ يُسَارِعُوْنَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُوْنَ
“Dan orang-orang yang memberikan apa
yang mereka berikan sedangkan hati-hati mereka dalam ketakutan, takut akan
ditolak amalan mereka (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan
kembali kepada Tuhan mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan
dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.”
Surah Al-Mukminun ayat 60-61 [23:60-61]
Betapa pentingnya kita menjaga khusyuk di dalam solat agar solat itu tidak
menjadi amalan yang sia-sia baik yang berupa wajib mahupun yang sunnat kerana
inilah sifat sebagai seorang yang beriman yang benar-benar mengharapkan
keredhaan Allah di dalam ibadahnya bukan melaksanakan ibadah sekadar melepas
tanggungjawab lalu dibuat ala kadar atau pada kata orang sekarang asalkan buat sudah
! Firman Allah :
اِنَّ الَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوْا اِلَى رَبِّهِمْ اُولَئِكَ
اَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ
“Sesungguhnya orang orang yang
beriman dan mengerjakan amalan amalan soleh dan khusyuk kepada Tuhan mereka,
mereka itulah penghuni penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”
Surah Huud ayat 23 [11:23 ]
Tanamkan rasa takut
jika amalan kita ditolak dengan menjaga baik dari segi bacaan di dalam solat
ataupun gerak hati yang lalai dan jagalah sifat/perbuatan solat itu agar
dilakukan dengan tertib serta berthuma’ninah (ada perhentian/berdiam) yang
lahir padanya Ihsan iaitu kita menyembah Allah seakan-akan kita melihatnya dan
menyakini Allah melihat amalan kita, Dia mengetahui apa yang tersirat di hati
kita dan Dia mendengar ucapan yang kita tuturkan. Allah menjelaskan tentang
kepentingan khusyuk ini di beberapa tempat di dalam Al-Quran dan firman-Nya
lagi :
حَافِظُوْا عَلَى
الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُوْمُوْا للهِ قَانِتِيْنَ
“Peliharalah oleh kamu benar benar
akan segala solat dan solat Wusta dan berdiri tegaklah untuk Allah dalam
keadaan tetap khusyuk kepada-Nya.”
Surah Al-Baqarah ayat 238 [2:238]
Jagalah rukuk dan sujud kita agar ianya menjadi rukuk yang berthuma’ninah
iaitu yang benar-benar rukuk dan sujud itu kerana mengharapkan keredhaan Allah,
bukan sekadar pelepas sifat solat. Ini sangat ditekankan oleh Rasulullah saw.
sebagaimana diriwayatkan daripada ‘Amru bin ‘Ash, Khalid bin Al-Walid,
Syurahbil bin Hasanah dan Yazid bin Abu Sufian meriwayatkan :
رَأَى رَسُوْلُ الله
ص رَجُلاً لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهُ وَيَنْقُرْ فِيْ سُجُوْدِهِ وَهُوَ يُصَلِّيْ
فَقَالَ: لَوْ مَاتَ هَذَا عَلَى حَالِهِ هَذِهِ مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ
مُحَمَّدٍ يَنْقُرُ صَلاَتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ! مَثَلُ الَّذِيْ
لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهُ وَيَنْقُرْ فِيْ سُجُوْدِهِ مَثَلُ الْجَائِعِ الَّذِيْ
يَأْكُلُ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ لاَ يُغْنِيَانِ عَنْهُ شَيْئًا
Rasulullah saw. melihat seorang laki laki yang tidak menyempurnakan
rukuknya dan ia memagut dalam sujudnya dalam solatnya, maka beliau bersabda :
Jika orang ini mati dalam keadaannya seperti ini, matilah dia di atas agama
yang bukan agama Muhammad, ia memagut dalam solatnya sebagaimana burung gagak
memagut darah ! Bandingan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan ia
memagut magut dalam sujudnya adalah bagaikan orang lapar yang memakan sebiji
dua biji buah tamar tentulah tidak mengenyangkannya.”
Riwayat Al-Ajuri, Al-Bahaiqi, Ath-Thabaranie dan Ibnu Khuzaimah.
Lakukanlah rukuk dan sujud itu menurut cara yang telah disunnahkan oleh
Rasulullah saw., jangan tergesa-gesa, bacalah dengan cara yang bersopan dan
beradab kerana Allah mendengar bacaan kita dan kita bertasbih kepada Rabb Yang
Maha Agung. Sabda Rasulullah saw.:
اِذَا قُمْتَ اِلَى
الصَّلاَةِ فَاَسْبِغِ الْوُضُوْءَ ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
وَاقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ
رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى
تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِىَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا
ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِىَ
قَائِمًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِيْ صَلاَتِكَ كُلِّهَا
“Apabila engkau hendak mengerjakan solat hendaklah engkau sempurnakan
wudhuk, kemudian hendaklah engkau mengadap kiblat dan bertakbir. Kemudian
bacalah yang mudah dari ayat ayat Al-Quran, kemudian hendaklah engkau rukuk
sampai engkau bertama’ninah, kemudian angkatlah kepalamu sehingga sehingga
engkau berdiri lurus kembali, kemudian hendaklah engkau sujud sampai engkau
tama’ninah dalam sujud, kemudian hendaklah engkau bangkit sampai engkau duduk
lurus dengan tama’ninah, kemudian hendaklah engkau sujud sampai engkau
tama’ninah di dalam sujud, kemudian engkau bangkit sampai engkau lurus dengan
tama’ninah, kemudian lakukanlah yang demikian itu dalam semua solatmu.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Demikianlah sunnah Rasulullah saw. di dalam menyempurnakan solat, menjaga
bacaan, hati dan sifat perbuatan di dalam solat agar secucuk dengan sunnah
Rasulullah saw. adalah termasuk di dalam menjaga khusyuk. Maka dari dalil-dalil
di atas ulama menerangkan bahawa khusyuk itu adalah :
الاِخْبَاتُ
وَتَطَامُنُ الْقَلْبِ وَالْجَوَارِحِ للهِ تَعَالَى
‘Tunduk dan tawadhu' serta ketenangan hati dan
segala anggota kepada Allah Ta’ala’
Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 16 [57:16]
أَلَمْ يَأْنِ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللهِ وَمَا نَزَلَ
مِنَ الْحَقِّ ....
Belumkah datang
waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah
dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) ……
Mudah-mudahan kita dapat melakukan solat kita dengan khusyuk dan jauhilah
sifat lalai sambil lewa dalam menunaikan apa jua ibadah semoga kita menjadi
seorang yang benar-benar mukmin iaitu yang beroleh kejayaan. Sesungguhnya
Alllah telah mengaitkan kejayaan orang yang beriman itu dengan khusyuk dalam
solat. Ini dijelaskan Allah dengan firmanNya :
قَدْ اَفْلَحَ
الْمُؤْمِنُوْنَ * الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلاَتِهِمْ خَاشِعُوْنَ
“Sesungguhnya telah beroleh
kejayaan orang orang mukmin yang khusyuk dalam solat mereka.”
Surah Al-Mukminun ayat 1-2 [23:1-2]
عَنْ اُبَيِّ بْنِ
كَعْبٍ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: لاَ يُقْبَلُ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً حَتَّى
يَشْهَدَ قَلْبُهُ مَعَ بَدَنِهِ
Daripada Ubay
bin Ka'ab ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Tidak diterima barangsiapa
yang melakukan sesuatu amalan sehingga hatinya menyaksikan (hadir) bersama
badannya
Riwayat Abu Syuja'
Ad-Dailami
Sememangnya bukan
sesuatu yang mudah untuk kita khusyuk dalam solat namun berusahalah
bersungguh-sungguh dengan kemampuan yang terbaik untuk kita khusyuk dalam
solat. Tolaklah segala jenis ingatan, fikiran dan lintasan terhadap
urusan-urusan keduniaan yang melalaikan kita dari solat dan berusahalah
tumpukan hati dan jasad kita untuk tunduk, sujud dan memuji Allah. Para ulama berpandangan bahawa lintasan-lintasan hati
yang sedikit tidaklah merosakkan rosak. Ini berdalilkan riwayat daripada Abu
Hurairah:
عَنْ اَبِى
هُرَيْرَةَ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: اِذَا نُوْدِيَ بِالصَّلاَةِ
اَدْبَرَ الشَّيْطَانُ لَهُ ضُرَاطٌ حَتَّى لاَ يَسْمَعَ الآذَانَ فَاِذَا قُضِيَ
الآذَانُ اَقْبَلَ فَاِذَا ثُوِّبَ بِهَا اَدْبَرَ فَاِذَا قُضِيَ التَّثْوِيْبُ
اَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُوْلُ اُذْكُرْ كَذَا
اُذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرْ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ لاَ يَدْرِى
كَمْ صَلَّى فَاِذَا لَمْ يَدْرِ اَحَدُكُمْ صَلَّى اَثَلاَثًا صَلَّى اَوْ
اَرْبَعًا فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Daripada Abu
Hurairah ia berkata: Bahawa Nabi saw bersabda: Apabila azan dikumandangkan,
larilah syaitan sambil terkentut-kentut sehingga ia tidak dapat mendengarnya
(azan). Setelah selesai dikumandangkan, syaitan datang lagi. Apabila dibacakan
iqamat, syaitan lari pula. Setelah iqamat selesai, ia datang lagi untuk
mewas-waskan manusia. Ia mengatakan: 'Ingatlah itu, ingatlah ini, bagi segala
yang tidak teringat' sehingga bergelumanglah orang itu dalam ingatannya dan
lalu ia tidak mengetahui berapa rakaat sudah ia kerjakan. Kerana itu, apabila
seseorang kamu tiada mengetahui apakah tiga rakaat sudah dikerjakan atau empat
rakaat, hendaklah ia bersujud dua kali sedang ia (dalam keadaan duduk)
Bukhari dan Muslim
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ
اَبِى الْعَاصِ اَتَى النَّبِيَّ ص فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ الله اِنَّ الشَّيْطَانَ
قَدْ حَالَ بَيْنِيْ وَبَيْنَ صَلاَتِيْ وَقِرَاءَتِيْ يَلْبَسُهَا عَلَيَّ
فَقَالَ رَسُوْلُ الله ص ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزَبٌ فَاِذَا
اَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا
قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَاَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّيْ
Daripada Usman
bin Abil 'Ash (ia) datang kepada Nabi saw maka ia berkata: Wahai Rasulullah
saw, aku sering diganggu syaitan dalam solat sehingga bacaanku menjadi
kacau kerananya. Maka bersabda
Rasulullah saw: Itulah syaitan yang dipanggil (dinamakan) Khinzab. Maka apabila
engkau diganggunya maka pohonlah perlindungan Allah daripadanya dan ludah ke
kirimu tiga kali. Usman berkata: Aku melakukan yang demikian maka Allah
menghilangkannya dariku
Shahih riwayat
Muslim
Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Hibban meriwayatkan dari 'Ammar bin Yasir ia
berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
اِنَّ الرَّجُلَ
لَيَنْصَرِفَ وَمَا كُتِبَ لَهُ اِلاَّ عُشْرُ صَلاَتِهِ تُسْعُهَا ثُمُنُهَا
سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا
Sesungguhnya
seseorang yang berpaling (selesai solat) tiadalah ditulis baginya melainkan
sepersepuluhnya, sepersembilannya, seperlapannya, sepertujuhnya, seperenamnya,
seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya dan separuhnya.
[1] Lalai pada solatnya iaitu sama ada ia melalaikan
pada waktu solat tersebut atau ia melalaikan dari segi perlaksanaan solat
tersebut, tanpa khusyuk, tidak dikerjakan solat itu sebagaimana diperintahkan
syara'. Demikian ini merupakan perlakuan golongan munafiq.
عَنْ
اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: تِلْكَ صَلاَةُ الْمُنَافِقِ،
يَجْلِسُ يَرْقُبُ الشَّمْسَ حَتَّى اِذَا كَانَتْ بَيْنَ قَرْنَيِ الشَّيْطَانِ
قَامَ فَنَقَرَهَا اَرْبَعًا لاَ يَذْكُرُ اللهَ اِلاَّ قَلِيْلاً
Dari Anas bin
Malik r.a. berkata : “Rasulullah saw. bersabda : Inilah macam solat orang
munafik. Dia duduk mengintai-intai matahari. Hingga apabila matahari telah
berada antara dua tanduk syaitan, barulah ia tergesa-gesa, mematuk-matuk empat
rakaat solat. Mereka tidak mau mengingati Allah kecuali sedikit saja.”
Hadits shahih riwayat Muslim
disebut dalam Kitabul-Masajid
Subscribe to:
Posts (Atom)