Monday, November 17, 2014

Cara Dakwah Islam Dan Punca Perang Islam

ABU BAKAR MENGIRIM KHALID UNTUK BERDAKWAH DI TANAH ARAB

Abu Bakar mengintruksikan kepada Khalid untuk menarik hati masyarakat dan mendakwahi mereka kepada Islam. Jika mereka tidak menerima, maka ambillah jizyah (sejenis cukai) dari mereka. Dan jika mereka menolak Jizyah, maka perangilah mereka. Abu Bakar berpesan kepada Khalid agar tidak memaksa seorang pun untuk ikut bersamanya. Dan jangan sampai Khalid meminta bantuan kepada kaum murtad.

Diantara instruksinya adalah agar Khalid berusaha meminta orang Islam yang ditemuinya untuk ikut menyertainya.

Tarikh ath-Thabari, 3/343, al-Bidayah Wan Nihayah, Buku Perjalanan Hidup 4 Khalifah Rasul Yang Agung, hlm.145. Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari

KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM

KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM

Sebabnya... Abu Bakar mengira bahawa dia telah masuk Islam sambil menginstruksikan agar menyiapkan pasukan bersamanya untuk memerangi orang-orang yang murtad, akhirnya Abu Bakar dan al-Fuja'ah benar-benar mempersiapkan pasukan.

Ketika pasukan ini bergerak, tiap kali mereka menjumpai orang Islam mahupun orang kafir, PASTI AKAN DIBUNUH DAN DIAMBIL HARTANYA.

Ketika Khalid mengetahui berita ini, ia segera mengirim bala tentera untuk mengembalikannya. Tatkala Allah S.W.T memberi kesempatan kepada Abu Bakar untuk menghukumnya, maka Abu Bakar mengirimnya ke al-Baqi, kemudian dalam keadaan tangan terikat ke kepala, ia dilemparkan ke dalam api hingga tewas terbakar dalam keadaan 'maqmuth' (terikat).

Tarikh ath-Thabari, 3/264 dan buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm. 118, terjemahan Abu Ihsan al-Atsari.

Tindakan Rasulullah Apb Khalid tersalah ijtihad

..Khalid diutus oleh Rasulullah kepada Bani Khuzaimah dan ia membunuh para tawanan tersebut kerana mengatakan, "shaba'na! shaba'na" (padahal maksud mereka sebenarnya: Kami telah masuk Islam). 

Mereka mengatakannya disebabkan mereka sulit mengucapkan, "Aslamna (kami telah masuk Islam). Akhirnya Rasulullah membayar diyat (sejenis pampasan utk) tiap tawanan tersebut bahkan Rasulullah mengembalikan bejana (bekas) tempat minum anjing milik mereka. Beliau berdoa sambil mengangkat tangan,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang diperbuat Khalid."*

Walaupun demikian, Rasulullah tidak mencopotnya (lucutkan jawatan) dari jabatannya.

*Lihat kisah pasukan Khalid yang diutus ke Bani Khuzaimah dlm Shahih al-Bukhari, 8/57 (Fathul Bari)
Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari, buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm.124.


Sihir boleh membunuh!

Al-Qurrafi berkata:

"Sihir merupakan hakikat yang benar adanya. Kadang-kadang ia boleh mengakibatkan kematian kepada orang yang terkena sihir ataupun tabiat serta kebiasaannya berubah, walaupun tidak terkena pada dirinya secara langsung. Inilah pendapat al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal." -Rujuk al-Furuq, jilid 4,ms. 149

Diterjemahkan oleh Mohd Yusof Arbain, Buku Fatwa Jin dan Sihir, hlm.198, keluaran Karya Bestari.


Mimpi Nabi Thn 2014

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku "(HR. Muslim).


Sulaiman bin Harb meriwayatkan daripada Hammad bin Zaid daripada Ayub, katanya: Apabila diceritakan kepada Ibnu Sirin, ada seorang lelaki bermimpi bertemu Nabi s.a.w, beliau akan berkata: "Ceritakan kepada saya orang yang anda lihat itu. Apabila diceritakan kepadanya suatu sifat yang dia sendiri tidak mengenalinya, beliau akan berkata: Anda tidak melihat Nabi."

(Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari, jilid 12, hlm. 384. Kata al-Hafiz: isnadnya adalah sahih. 
Diterjemahkan oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa, Buku Beberapa Kepercayaan Kontroversi Dlm Masy. Islam)


Sunday, November 16, 2014

Melihat Rupa Asli Jin

Barang siapa yang mengaku melihat rupa jin(yang aslinya), maka kami batalkan persaksiannya, kecuali ia seorang Nabi.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya (IX: 141) dan oleh Baihaqi di dalam kitab Ahkamul Qur'an (II: 194-195). Begitu juga As Subki dan pengarang kitab Fathul Bari.
Diterjemah oleh Abd Hakim bin Amir Abdat dalam buku Alam Jin Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Saturday, November 15, 2014

Kisah Nabi Danial

KISAH NABI DANIAL a.s


Abul 'Aliyah menceritakan: " Ketika kami membuka sebuah penutup, kami mendapati di antara kekayaan Baitul Harmazan ada sebuah tempat tidur yang diatasnya terbujur sesosok mayat yang di atas kepalanya terdapat mushaf. Maka kami mengambilnya dan membawanya menghadap 'Umar al-Khattab. Kemudian Umar meminta supaya dipanggilkan Ka'ab. Dan naskah mushaf tersebut berbahasa arab, dan aku adalah bangsa arab yang pertama kali membacanya.