Thursday, January 8, 2015

5 amalan sunnah mendengar azan

http://rumaysho.com/amalan/5-amalan-ketika-mendengar-azan-10008
Ada lima amalan yang semestinya diamalkan ketika mendengar azan. Apa saja itu?
Lima amalan tersebut telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim sebagai berikut:

(1) mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muadzin.

(2) bershalawat pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Allahomi sholli ‘ala Muhammad atau membaca shalawat ibrahimiyyah seperti yang dibaca saat tasyahud.

(3) minta pada Allah untuk Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam wasilah dan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Jabir bin ‘Abdillah: Allahumma robba hadzihid da’watit taammah wash sholatil qoo-imah, aati Muhammadanil wasilata wal fadhilah, wab’atshu maqoomam mahmuuda alladzi wa ‘adtah …

(4) membaca: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, radhitu billahi robbaa wa bi muhammadin rosulaa wa bil islami diinaa, sebagaimana disebutkan dalam hadits Sa’ad bin Abi Waqqash.

(5) memanjatkan doa sesuai yang diinginkan. (Lihat Jalaa-ul Afham hal. 329-331)
Dalil untuk amalan nomor satu sampai dengan tiga disebutkan dalam hadits dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ
Jika kalian mendengar muadzin, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh muadzin. Kemudian bershalawatlah untukku. Karena siapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Allah akan bershalawat padanya (memberi ampunan padanya) sebanyak sepuluh kali. Kemudian mintalah wasilah pada Allah untukku. Karena wasilah itu adalah tempat di surga yang hanya diperuntukkan bagi hamba Allah, aku berharap akulah yang mendapatkannya. Siapa yang meminta untukku wasilah seperti itu, dialah yang berhak mendapatkan syafa’atku.” (HR. Muslim no. 384).

Adapun meminta wasilah pada Allah untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamdisebutkan dalam hadits dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِى وَعَدْتَهُ ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Barangsiapa mengucapkan setelah mendengar adzan ‘allahumma robba hadzihid da’watit taammah wash sholatil qoo-imah, aati Muhammadanil wasilata wal fadhilah, wab’atshu maqoomam mahmuuda alladzi wa ‘adtah’ [Ya Allah, Rabb pemilik dakwah yang sempurna ini (dakwah tauhid), shalat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan fadilah (kedudukan lain yang mulia). Dan bangkitkanlah beliau sehingga bisa menempati maqom (kedudukan) terpuji yang telah Engkau janjikan padanya], maka dia akan mendapatkan syafa’atku kelak.” (HR.Bukhari no. 614 )

Ada juga amalan sesudah mendengarkan azan jika diamalkan akan mendapatkan ampunan dari dosa. Dari Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا. غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ
Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, radhitu billahi robbaa wa bi muhammadin rosulaa wa bil islami diinaa (artinya: aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku ridha sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamaku), maka dosanya akan diampuni.” (HR. Muslim no. 386)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwa seseorang pernah berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya muadzin selalu mengungguli kami dalam pahala amalan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,

قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ
Ucapkanlah sebagaimana disebutkan oleh muadzin. Lalu jika sudah selesai kumandang azan, berdoalah, maka akan diijabahi (dikabulkan).” (HR. Abu Daud no. 524 dan Ahmad 2: 172. 
Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits inihasan). 

Artinya, doa sesudah azan termasuk di antara doa yang diijabahi.
Setelah menyebutkan lima amalan di atas, Ibnul Qayyim berkata, “Inilah lima amalan yang bisa diamalkan sehari semalam. Ingatlah yang bisa terus menjaganya hanyalah as saabiquun, yaitu yang semangat dalam kebaikan.” (Jalaa-ul Afham, hal. 333).
Mari kita amalkan walaupun sederhana, yang penting rutin dan istiqamah. Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Referensi:

Jalaa-ul Afham fii Fadhli Ash Shalah was Salaam ‘ala Muhammad Khoiril Anam, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Dar Ibni Katsir, cetakan kedua, tahun 1432 H.

Selesai disusun di Darush Sholihin, menjelang Ashar, 15 Rabi’ul Awwal 1436 H @ 2: 24 PM

Monday, December 29, 2014

2 kipas Midea rosak dalam 2 hari

Kipas dah lepas 2 tahun, kalau rosak memang payah nak ulas. Tapi 2 kipas saya rosak dalam masa 2 hari, macam nak kena cari apa puncanya, takut kalau beli kipas baru pun rosak juga.

Thursday, December 18, 2014

Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka

Ustaz Emran Ahmad
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=614060715365854&id=100002857926668

Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka

Ramai orang lebih menyibukkan diri dengan hukum fiqh, sedang ilmu fiqh ialah panduan yang menerangkan tentang batas sempadan serta hukum perbuatan seseorang mukallaf menurut neraca syarak dan pendapat fuqaha. 

Namun jalan ahli hadith adalah lebih selamat dan lebih mulia untuk diikut kerana padanya terdapat taqwa dan keseluruhan deen yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan keberkatan amal daripada Allah SWT.

Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyebut ;

عليكم بأصحاب الحديث فإنهم أكثر الناس صوابا
Hendaklah kamu mengikuti ashab al-hadith (ulama hadith) kerana mereka itu adalah golongan yang paling banyak (memiliki) kebenaran. [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]

Dan beliau juga turut menyebut ;

إذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث فكأني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم حيا
Apabila aku melihat seseorang daripada ahli hadith (ulama hadith) maka ianya seperti seolah-olah aku melihat Nabi salallahualaihiwassalam masih hidup. [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitabnya Syaraf Ashab al-Hadith]

Ramai orang hari ini lebih berminat dengan ilmu fiqh dan hukum, supaya senang nak selamatkan diri dari hukum syarak dan bermain dengan agama. Apabila diajarkan tentang sunnah maka dia akan bertanya ini wajib ke sunat saja? Kalau dijawab wajib maka akan ditanya kalau ditinggalkan berdosa tak? Wajibnya bertaraf ain atau cuma kifayah?

Kalau dijawab sunat maka dia pun akan berkata takpalah sunat saja jadi tak buat pun tak mengapa.

Apabila dikatakan dilarang menyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi, dia pun membawa hujah fiqh bahawa kalau berlapik tidak mengapa...Kalau dikatakan, tidak boleh begitu maka dia akan mencari jalan membolehkannya dengan begini dan begitu....

Sedang para sahabat Nabi salallahualaihiwassalam dan ahli hadith, mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amalan kerana ianya sunnah, dan kita pula meninggalkannya kerana hanya menganggap ianya cuma sunnah....

Kata Abu Bakar al-Siddiq RA ;

لست تاركا شيئا كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يعمل به إلا عملت به فإني أخشى إن تركت شيئا من أمره أن أزيغ

Aku tidaklah meninggalkan sesuatu pun pada perkara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam kecuali aku pun ikut mengamalkannya kerana aku takut jikalau aku meninggalkannya sesuatu daripadanya (sunnah baginda) maka aku akan menyeleweng. [Riwayat Al-Bukhari]

Wednesday, November 19, 2014

Himpunan hadis bertemu Rasulullah




1. KATA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

Sheikh Nuruddin al-Banjari mengatakan, "Ini ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar). Kebanyakan daripada Ulama Sufi mengatakan ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar) bukan suatu hal yang mustahil". http://youtube.com/watch?v=2MlYnRQGo9Y


Bantahan

1.Konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh Jemaah al-Arqam sudah pun disanggah oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :

"YAQAZAH iaitu bertemu secara jaga/sedar dengan Rasulullah SAW merupakan penyelewengan paling nyata yang cuba ditegakkan oleh al-Arqam. Dakwaan seperti ini merosakkan asas pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Jumhur ASWJ menolak berlakunya YAQAZAH (bertemu secara jaga) dengan Rasulullah SAW atau mereka yang sudah mati."
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/menjawab_dakwaan_yaqazah_sesat_jemaah_al-arqam.pdf

2. Al-Asqalani catatkan:
Ibnu al-Tin menyatakan maksud akan melihat baginda dalam jaga atau secara sedar ditujukan kepada orang yang beriman dengan baginda PADA MASA HAYAT BAGINDA dan BELUM SEMPAT BERTEMU DENGAN BAGINDA, KERANA DIA TIDAK BERSAMA DENGAN BAGINDA KERANA TIDAK TERLIBAT DALAM MELAKUKAN HIJRAH. Dengan itu menjadi berita gembira kepada setiap orang yang beriman dengan baginda tetapi belum lagi bertemu dengan baginda. Mereka ini akan bertemu dengan baginda secara jaga SEBELUM BAGINDA S.A.W WAFAT.

(Al-Asqalani, Fath al-Bari, jilid 12, hlm.385) Diterjemah oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm. 142.

(Hujah Sy utk tok guru silat batin: Kamu blh ingat tak rupa Nabi?, takut2 syaitan guna rupa firaun tapi ngaku Nabi, pas tu dia dok gelak kat kita)

3. Sebagaimana yang dimaklumi fitnah Dajjal MERUPAKAN FITNAH YANG PALING BESAR yang berlaku di atas muka bumi. Apabila Nabi s.a.w sendiri tidak ada pada masa berlakunya fitnah Dajjal itu, maka ketidakhadiran Nabi daripada perkara-perkara lain selain daripadanya sudah tentu lebih pasti dan lebih besar.

(Hujah Sy utk tok guru batin: Kalau Nabi tak turun waktu ada dajjal, inikan Nabi nak turun mengajar silat dkt tok guru batin thn 2014 ni. Adakah perjuangan mereka lagi hebat dari Imam Mahdi dan Khulafa ar-Rasyidin)

Oleh Prof.Madya Dr. Basri Ibrahim, Dr Jamaluddin Hashim dan Dr Razali Musa dlm buku Beberapa Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam, hlm.147.

Monday, November 17, 2014

Dakwah Khalid Diperangi Raja Parsi


Dakwah Khalid Berdekatan Bahrain Diserang Raja Parsi

...Selat penduduk Sind dan Hindia, selat ini merupakan pertahanan bangsa Persia yang paling kuat. Raja Persia yang terkenal dengan sebutan raja Hurmus selalu memerangi penduduk Arab di daratan dan memerangi penduduk Hindia dari lautan.

.. seluruh pasukan diikat dengan rantai panjang agar tidak satupun yang mundur dan melarikan diri. Hurmuz terkenal sangat bengis dan kejam serta sangat kufur. 

Ketika kedua pasukan saling berhadapan dan mulai berperang, Hurmuz turun dari kudanya mengajak perang tanding. Maka Khalid segera turun menyambut tentangan Hurmuz dan langsung maju ke arah Hurmuz, maka kedua pedang mereka mula beraksi saling menyerang. Khalid berhasil mencekik leher Hurmuz dengan tangannya, lalu para pengawal Hurmuz maju tetapi itu tidak mengganggu Khalid untuk membunuhnya. Kemudian al-Qa'qa' bin Amr segera maju menghadang para pengawal Hurmuz dan berhasil membunuh mereka semua.

Dalam peperangan ini Khalid tidak mengganggu para petani, kerana mereka tidak ikut berperang melawan kaum muslimin dan tidak pula mengganggu anak isteri mereka. Sebab yang diperangi hanyalah pasukan Persia saja.

Tarikh Ath-Thabari, 3/150, al-Bidayah Wan Nihayah,Buku Perjalanan Hidup 4 Khalifah Rasul Yang Agung, hlm.148.TerjemahanAbu Ihsan al-Atsari

Cara Dakwah Islam Dan Punca Perang Islam

ABU BAKAR MENGIRIM KHALID UNTUK BERDAKWAH DI TANAH ARAB

Abu Bakar mengintruksikan kepada Khalid untuk menarik hati masyarakat dan mendakwahi mereka kepada Islam. Jika mereka tidak menerima, maka ambillah jizyah (sejenis cukai) dari mereka. Dan jika mereka menolak Jizyah, maka perangilah mereka. Abu Bakar berpesan kepada Khalid agar tidak memaksa seorang pun untuk ikut bersamanya. Dan jangan sampai Khalid meminta bantuan kepada kaum murtad.

Diantara instruksinya adalah agar Khalid berusaha meminta orang Islam yang ditemuinya untuk ikut menyertainya.

Tarikh ath-Thabari, 3/343, al-Bidayah Wan Nihayah, Buku Perjalanan Hidup 4 Khalifah Rasul Yang Agung, hlm.145. Terjemahan Abu Ihsan al-Atsari

KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM

KISAH KHALIFAH ABU BAKAR MEMBAKAR AL-FUJA'AH YG ZALIM

Sebabnya... Abu Bakar mengira bahawa dia telah masuk Islam sambil menginstruksikan agar menyiapkan pasukan bersamanya untuk memerangi orang-orang yang murtad, akhirnya Abu Bakar dan al-Fuja'ah benar-benar mempersiapkan pasukan.

Ketika pasukan ini bergerak, tiap kali mereka menjumpai orang Islam mahupun orang kafir, PASTI AKAN DIBUNUH DAN DIAMBIL HARTANYA.

Ketika Khalid mengetahui berita ini, ia segera mengirim bala tentera untuk mengembalikannya. Tatkala Allah S.W.T memberi kesempatan kepada Abu Bakar untuk menghukumnya, maka Abu Bakar mengirimnya ke al-Baqi, kemudian dalam keadaan tangan terikat ke kepala, ia dilemparkan ke dalam api hingga tewas terbakar dalam keadaan 'maqmuth' (terikat).

Tarikh ath-Thabari, 3/264 dan buku Perjalanan 4 Khalifah Yg Agung, hlm. 118, terjemahan Abu Ihsan al-Atsari.