Monday, December 29, 2014

2 kipas Midea rosak dalam 2 hari

Kipas dah lepas 2 tahun, kalau rosak memang payah nak ulas. Tapi 2 kipas saya rosak dalam masa 2 hari, macam nak kena cari apa puncanya, takut kalau beli kipas baru pun rosak juga.

Thursday, December 18, 2014

Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka

Ustaz Emran Ahmad
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=614060715365854&id=100002857926668

Keutamaan mencintai ahli hadith dan mengikuti jalan mereka

Ramai orang lebih menyibukkan diri dengan hukum fiqh, sedang ilmu fiqh ialah panduan yang menerangkan tentang batas sempadan serta hukum perbuatan seseorang mukallaf menurut neraca syarak dan pendapat fuqaha. 

Namun jalan ahli hadith adalah lebih selamat dan lebih mulia untuk diikut kerana padanya terdapat taqwa dan keseluruhan deen yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan keberkatan amal daripada Allah SWT.

Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafie rahimahullah menyebut ;

عليكم بأصحاب الحديث فإنهم أكثر الناس صوابا
Hendaklah kamu mengikuti ashab al-hadith (ulama hadith) kerana mereka itu adalah golongan yang paling banyak (memiliki) kebenaran. [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]

Dan beliau juga turut menyebut ;

إذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث فكأني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم حيا
Apabila aku melihat seseorang daripada ahli hadith (ulama hadith) maka ianya seperti seolah-olah aku melihat Nabi salallahualaihiwassalam masih hidup. [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam kitabnya Syaraf Ashab al-Hadith]

Ramai orang hari ini lebih berminat dengan ilmu fiqh dan hukum, supaya senang nak selamatkan diri dari hukum syarak dan bermain dengan agama. Apabila diajarkan tentang sunnah maka dia akan bertanya ini wajib ke sunat saja? Kalau dijawab wajib maka akan ditanya kalau ditinggalkan berdosa tak? Wajibnya bertaraf ain atau cuma kifayah?

Kalau dijawab sunat maka dia pun akan berkata takpalah sunat saja jadi tak buat pun tak mengapa.

Apabila dikatakan dilarang menyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi, dia pun membawa hujah fiqh bahawa kalau berlapik tidak mengapa...Kalau dikatakan, tidak boleh begitu maka dia akan mencari jalan membolehkannya dengan begini dan begitu....

Sedang para sahabat Nabi salallahualaihiwassalam dan ahli hadith, mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu amalan kerana ianya sunnah, dan kita pula meninggalkannya kerana hanya menganggap ianya cuma sunnah....

Kata Abu Bakar al-Siddiq RA ;

لست تاركا شيئا كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يعمل به إلا عملت به فإني أخشى إن تركت شيئا من أمره أن أزيغ

Aku tidaklah meninggalkan sesuatu pun pada perkara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam kecuali aku pun ikut mengamalkannya kerana aku takut jikalau aku meninggalkannya sesuatu daripadanya (sunnah baginda) maka aku akan menyeleweng. [Riwayat Al-Bukhari]