Saturday, August 26, 2017

Tayar Hancook RM 150, Tayar Falken RM 140 R13

Minggu ni dah kali ketiga pos pasal PDB 7899, sayang sungguh kat dia. Kali ni tayar pula minta perhatian, dah 5 tahun guna dan kali ni gelembung macam benjol kepala.

Terus pi tukar pukul 5 petang, tapi stok tayar ada masalah, tunggu-tunggu pukul 6.50 petang baru siap.



Cara Lihat Tarikh Tayar Hankook
Tarikh tayar Hankook tak nampak sebenarnya sebab ianya disembunyi di sebelah dalam. Memang tak puas hati kan.

Lupa Ambil Resit
Disebabkan tak solat asar lagi, lepas siap terus lupa nak minta resit. Tak silap ada  tayar Hankook boleh dapat jaminan hingga 4 tahun.

Persembahan Silat Sambut Rombongan Tentera Thai Dan Penduduk Kg Kateri

Hari ni YB. TUAN KHAW HOCK KONG, Adun Titi Tinggi memilih Felcra Lubuk Sireh sebagai destinasi utama rombongan ini selain Taman Ular dan Borong Din. Selain persembahan silat, ada demonstrasi memasak kuih dan juadah Malaysia. Turut hadir tak silap Haji Mohd Naim bin Desa, Pengurus Kawasan Felcra Lubuk Sireh yang baru bertugas pada bulan Mei hari tu. Rombongan seramai 1 buah bas dan 6 buah kereta tentera Thai.





Wednesday, August 23, 2017

Welding ekzos dan tukar gasket ekzos

Hari ni cadang nak kongsi ilmu silat pukul 3.30 petang, tapi pelajar SM Sains sibuk pula. Jadi tukar pelan pi survey kedai ekzos untuk tukar ekzos bila cukup bajet nanti. Kebetulan masa bawa Mak Ngah dan 3 beradik pi exercise kat bukit, rasa kereta pick-up slow sangat sedangkan enjin baru servis.

Syarat kedai tu kenalah jangan cekik sangat dalam ambil upah dan mesin angkat kereta kenalah nampak kuat dan tidak teruk karatnya (trauma tengok video kereta jatuh kena orang waktu dok kat atas).

Pendekkan cerita, hari ni kena bayar RM 40 masa tukar gasket kereta dan pateri 2 tempat bocor ekzos. Survey harga internet gasket EKZOS sekitar RM 10- RM 18. Alhamdulillah kereta dah laju sikit tapi masih kurang memuaskan. Dulu pernah dah pateri/welding 2 tempat bocor ekzos van baru kena RM 7 tapi sayang kedai pak cik tu guna mesin angkat kenderaan yang karat, sebab tu tak berani pi dah kedai tu. Sedih pun ada.

Gasket Ekzos
2 tempat yang dikimpal/pateri (dalam bulatan merah)

Tujuan hari ni nak ajar silat 3 kumpulan:
1. Kumpulan Persembahan Hari Merdeka
2. Pasangan persembahan di Krabi
-Muhammad Zafeeq B Mat Zaky
-Muhammad Shahir Bin Roswadi
3. Team Olahraga

Dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik selepas Asar.

Ni cerita kelmarin exercise di bukit, hari ni Zahid ikut Tok Wan ja pi bukit.



Zulfadhli Tajdid, Zaid al Tajdid
dan Zahid al Tajdid

Gambar Kornwipa Sae Pa ja
yang tak ada. 

Tuesday, August 22, 2017

Hari kereta Keluar Workshop

Kelmarin siap servis enjin PDB 7899, servis sebab enjin jammed haritu. Gasket bocor katanya. InsyaAllah petang ni bakal diuji ke SMK Sains untuk latihan silat petang ni.
Resit kos baiki kereta. Enjin jammed masuk air kerana gasket bocor.

Latihan petang ni alhamdulillah berjalan lancar. 
Latihan untuk hari kemerdekaan
Latihan untuk sorang wakil SUKMA
Latihan untuk persembahan di Krabi
Latihan untuk pelapis

Dengan bantuan Safwan A.K A Black, Allah mudahkan sesi kelmarin.

Safwan a.k.a Black sedang bawa sesi senaman

Malam bawa Mak Ngah dan Zahid ronda beli kasut sukan. Zahid nak masuk game rounders.

Wednesday, July 29, 2015

Buat Passport Thailand Di Konsulat Thailand di Penang, Royal Thai Consulate-General

Mula-mula jangan percaya dengan maklumat di internet 100%. Kononnya Passport berharga RM 100 sedangkan berharga RM 116, kononnya boleh siap 2 hari 1 malam atau 1 hari sahaja sedangkan 2 minggu rupa-rupanya masa yang paling cepat untuk proses.

MENCARI KONSULAT THAILAND

Sebenarnya tidak susah sangat kerana kita boleh google dengan kunci kata 'Royal Thai Consulate-General' namun petua-petua juga penting kerana ketika saya telah hampir dengan konsulat Thailand lebih kurang 1 km, ketika di Masjid Negeri atau Perpustakaan Kanak-kanak, akibat tidak tahu bahawa kena u-turn untuk sampai ke kon konsulat akhirnya saya sudah semakin jauh dari konsulat hingga jarak 3 km, alhamdulillah saya perasan.

Kata kunci untuk ke Konsulat Thailand di Penang.

1. Sungai Dua, Seberang Jaya, Butterworth, Penang.
Untuk elak jalan jammed kami naik ferry, saya dari Perlis akan keluar ikut simpang Sungai Dua untuk ke Terminal Ferry di Seberang Jaya. Memang berbaloi.

2. Padang Kota Kemudiannya Mahkamah
Sila lalu Padang Kota untuk memudahkan perjalanan dan cari selekoh sebelum Mahkamah dan masuk selekoh kiri tersebut tapi belok pula selekoh kanan selepas itu dan di sini sila utamakan jalan ke Hospital Pulau Pinang dan jirannya Island Hospital.

Saturday, June 6, 2015

Hadis Sahih Jihad Di Benua India (Bangladesh, India Dan Pakistan)

Jihad Di Bangladesh, Pakistan dan India Perlu Hingga Akhir Zaman?

Ada tabligh marah dkt pelajar yg tidak mahu beriman dgn hadis ni... jihad paling utama di india

Bagaimana nak fahami hadis di atas utz?
عِصابتانِ من أمَّتي أحرزَهُما اللَّه منَ النَّارِ عِصابةٌ تَغزو الهندَ وعصابةٌ تَكونُ معَ عيسى بن مريَمَ
الراوي : ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 3175 / خلاصة حكم المحدث : صحيح
Hadith tsauban :"Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as." sahih sunan an-Nasai, albani, sahih, no 3175

fiqh, ia sudah berlalu pada 90 hijrah di mana India jatuh ke tangan Dinasti Umayyah..Ini mukjizat Nabi saw, sekarang dah tak ada perang India, sebab India dijajah UK dan sekarang merdeka dan umat Islam ramai di India.

Friday, June 5, 2015

Barangan Cucuk Tanam dilarang masuk ke rumah??

Soal Jawab bersama THTL
 Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada saya 'Abdullah bin Salim Al Himshiy telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Zaiyad Al Alhaniy dari Abu Umamah Al Bahiliy berkata, ketika ia melihat cangkul atau sesuatu dari alat bercocok tanam, lalu ia berkata, aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang seperti ini tidak masuk kerumah suatu kaum kecuali Allah akan memberikan kehinaan padanya". Abu Abdullah Al Bukhariy berkata: "Dan nama Abu Umamah adalah Shuday bin 'Ajlan".
(HR Bukhari no:2153)

Apa maksud hadis ini?..

kena cari matn arab dulu

OK dah jumpa, susah nak cari hadith ni

لاَ يدخلُ هذا بيتَ قومٍ إلَّا أدخلَهُ اللَّهُ الذُّلَّ
الراوي : أبو أمامة الباهلي / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 2321 


Bukhari masukkan dalam Bab : Hal – ha1l yang Diperingatkan Dari Akibat – akibat Jelek Karena Sibuk Dengan Alat Pertanian atau Melampaui Batas dari Yang Diperintahkan”
kata Ibn hajar, tidak boleh terlalu sibuk dengan pertanian (masa dulu masyarakat agrarian atau pertanian, ladan g kurma dan ternakan kambing dan unta) hingga meninggalkan jihad.
Nabi guna balaghah atau bahasa kiasa, masukkan cangkul dalam rumah maksudnya amat sibuk dengan pertanian hingga lupa ibadah dan jihad. hari ni sibuk dengan kerjaya dan business kerana kerja dan business telah ganti pertanian, hingga lupa ibadah dan dakwah/jihad


Saturday, May 30, 2015

Perang Melawan Bangsa at-Turk.

Dalam al-Mu'jam al-Wasith disebutkan bahawa bangsa at-Turk ini adalah salah satu keturunan bangsa Monggol. Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata, " Abu Amr (Ibnu ash-Shalah) mengatakan, 'Mereka adalah dari anak cucu Yafits, dan memiliki banyak macam jenis (pecahan suku).' Wahab bin Munabbih mengatakan, 'Mereka adalah anak cucu paman dari Ya'juj dan Ma'juj; ialah ketika Dzul Qarnain membangun benteng (yang menutupi gunung di Armenia), sebahagian dari bangsa Ya'juj dan Ma'juj ini sedang pergi jauh, maka mereka ditinggalkan dan tidak masuk bersama kaum mereka, dan dari sinilah mereka dinamakan at-Turk (yang dalam bahasa Arab berarti: yang tertinggal)'. "(Fath al-Bari, Syarh Bab Qital at-Turk).
LikeMore14 minutes ago

Zahiri Zubir

Berita Nabi ini telah terbukti kebenaran ketika bangsa Tartar memasuki Baghdad. Bangsa Monggol, atau dikenali dengan Tartar inilah yang disebutkan bangsa at-Turk. Lihat Ithaf al-Jama'ah, at-Tuwaijiri, 1/366 dan seterusnya.

Imam an-Nawawi berkata, "Ini semua adalah mukjizat Rasulullah, kerana perang melawan bangsa at-Turk itu benar terjadi dengan semua ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi..., maka semoga Allah melimpahkan shalawat kepada RasulNya yang tidaklah berbicara kerana hawa nafsu, kecuali wahyu yang diwahyukan kepada beliau." (Syarh Shahih Muslim, hadits no. 2912). Ed. T.
LikeMore3 minutes ago

Zahiri Zubir

Kumpulan Mukjizat & Sabda Nabi
Terbukti Kebenarannya Dalam Sejarah